.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Mari Berkebun part II August 25, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 10:10 am

Aku taktau sampai part berapa title mari berkebun ni. tapi tak pa. nanti kalau ada nama yang lebih sesuai, akan ku tukarkan tajuk ni. ok back to topic. last 2 weeks aku ada lancarkan projek dengan nama “Projek 100%”. so this week dah dapat result awal dari projek ni.

Apa projek ni sebenarnya? heheh macam gempak ja nama, tp tak dak apa pun sangat sebenarnya. Projek ni tanam anak pisang ja pun. ada 10 pokok. hasilnya selepas 2 minggu, 9/10 berjaya survive. pokok yang dh agak besar sebelum dipindahkan tak risau sangat sbb chances dia tinggi. ada dua pokok yg amik dari anak yang sangat kecil. so salah satu dari dua ni berjaya survive.

Exhibit 1

Exhibit 1

Exhibit 2

Exhibit 2

Exhibit 3

Exhibit 3

Exhibit 4

Exhibit 4

Exhibit 5

Exhibit 5

Exhibit 6

Exhibit 6

Exhibit 7

Exhibit 7

Exhibit 8

Exhibit 8

ingatkan dah gagal dua2 ni. skali bila korek tengok akar, dh start tumbuh. so tanam balik. perhatikan gambar kat bawah ni. dari atas nampak mcm dah mati, tapi kat bawah, akar baru dh start tumbuh.

dari pandangan atas nampak mcm dah mati

dari pandangan atas nampak mcm dah mati

kat bawah dah tumbuh akar baru, ada harapan nak hidup ni.

kat bawah dah tumbuh akar baru, ada harapan nak hidup ni.

Ahad (24/8/2008) jugak ada tanam tiga anak pisang tanduk. bentuk dia macam kat bawah ni. besar nampak buahnya tu. so ini satu jugak lagi percubaan. heheh semua pakai main kaedah cuba jaya ja ni. bukan nak ada salah apa. buat ja dari tak dak buat apa langsung.

Pisang Tanduk

Pisang Tanduk

Anak baru tanam, ada 3 pokok ja.

Anak baru tanam, ada 3 pokok ja.

hari tu jugak tebang pokok nangka yg dkt sangat dgn pokok manggis tu. pakai chainsaw la sebab besaq sangat pokok nangka tu. kerja aku tarik pokok tu supaya tak jatuh kena pokok manggis or pokok pisang. lepas tu sambung potong batang tu bagi jadi kecik2. menggigil tangan beb.

Pakai chainsaw.. yeahhh

Pakai chainsaw.. yeahhh

Rambutan lychee

Rambutan lychee

rambutan masih ada lagi, so petik setakat rasa nak makan. last2 macam banyak plak terpetik. bawak mai opis arini. buah ni dah terlampau masak sangat. air pun dah banyak. bagi aku dh tak berapa sedap sangat. tapi sekadar nak makan tu tak dak masalah.

basah lagi simen.

basah lagi simen.

sambung buat bin pagar lagi. dapat siapkan lapan tiang haritu. penatnya bancuh simen. satu pagar=satu kete sorong bahan campuran simen+pasir+batu+air.

aktiviti paling last aritu petik buah kelapa muda. dapat empat biji dari dua pokok. satu pokok tu buah dia mmg besaq. puas hati dpt sebijik pun. ada beberapa bijik lagi. simpan untuk incik shah datang nanti. nak suruh dia gantung tengok. duk sembang kemaih sangat. hahahaha

Rumah di kebun

Rumah di kebun

ni plak gambar rumah yang akan menjadi kediaman sementara incik shah sepanjang dia berada di seremban nanti. malam2 aku antar “bidadari” temankan hang tidoq. ok dak?

 

A 1000 KM journey story August 21, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 2:51 am

Yezzah. kali ni bercerita tentang trip menghabis duit kitorang g Kedah 15-17 Ogos yang lepas. bertolak dari KL lebih kurang jam 1130 malam camtu. sampai alor setar kul 430pagi. ada org cakap lajunya bawak kete. aku kata biasa je. sebab rasanya aku pernah buat lagi cepat dari tu. masa duk rajin outstation alor setar dulu la.

ingatkan nak g sarapan kat kopitiam. skali tertido sampai kul 10. mak plak buat cucur cempedak goreng dengan air kopi. apa lagi. makan tak hengat punya. pastu p kedai pak lang bree, pekena nira nipah plak. pergghh memang sedap nira nipah ni.

Intan & Famili

Intan & Famili

lepas sembang apa semua, terus g tempat kenduri yang pertama, kat dewan koperasi guru, depan maktab mahmud. kenduri kawen zila. dah janji dgn intan harnani & famili dia. lepas tunggu diorang sampai. masuk dan makan sesedap rasa. kata pengantin sampai kul 1230. tunggu punya tunggu, sampai beberapa kali dapat signal suruh bangun dari meja, pengantin tak sampai2 lagi.

Kesian pengantin, dah lapar sangat kot. hehe

Kesian pengantin, dah lapar sangat kot. hehe

so keluar la ikut pintu belakang, tunggu kat luar plak. dah agak lama tunggu tu, p la tanya bapak pengantin. skali cakap pengantin dah masuk dah. hahahaha so kiranya masa kitorang kuar ikut pintu belakang tu la kot pengantin masuk. time tu pengantin tengah duk nk makan. pengantin ni macam lapo jek. nak tangkap gambo pun nak makan jugak lagi. hehehe macam2. aku pun tak snap banyak gambo. dah ada OP diorang. so tak payah nak sibuk2 macam OP.

next destination ialah anak bukit. kenduri kawen anak tok penghulu kg aku dulu. merangkap schoolmate masa sekolah menengah. Azmira Akmal Sateri nama diberi. makanan kat sini memang lain dari yang lain. maklum la masak kat kg aku. menu untuk hari tu. Nasi+daging rebus+cicah+sayur keladi+laksa+rambutan. layan betul makan nasik.

Azmira & Ridwan

Azmira & Ridwan

lepas dah tangkap gambar dua keping, aku pun singgah sekejap kat site lama. Hospital Sultanah Bahiyah. menjenguk bebudak yang konon2 tengah buat kerja. tak ramai yang ada. tapi takpa, saja ja pun p tengok diorang. bilik server pun dah kemas dah skrg. dah tak bleh pakai kasut kat dalam tu.

petang tu mael tipon, nak ajak teman dia kenduri sebelah pompuan kat ipoh. cakap dgn dia malam nanti jumpa kat mana2. so malam tu jumpa kat haji ramli nasi kandar ayam kampung. lepas makan and diskus macam YB lebih kurang, balik rumah and tido.

terlupa plak awal pagi tu ada gerhana bulan. bangun dah pagi. sempat amik sunrise jek. dapat matahari bulat. sarapan nasi goreng+daging goreng. sedapnya mak masak. ontheway nak masuk hiway, singgah jap tepi sawah tangkap gambar beberapa keping. pastu terjah jap rumah najmi. meracun dia beg baru. hehehe

Sunrise pagi lepas gerhana

Sunrise pagi lepas gerhana

jumpa dgn mael kat RnR sungai perak. pastu teruskan perjalanan ke rumah pengantin perempuan. aku skip kisah kad touch n go ada virus. hahahaahahahhaha lepas dh makan n tangkap gambar secukupnya, aku patah balik ke kuala kangsar utk kenduri yg mmg dah plan kena pegi.

Incik El, single and looking

Incik El, single and looking..

Tuan punya blog gambar kena besaq sket. hahahah

Tuan punya blog gambar kena besaq sket. hahahah

Mael

Mael & Isteri

jumpa meor kat RnR sungai perak jugak. dia naik kete savvy biru baru tunang dia. hehehe sampai rumah zul, katering dah kemas barang masuk lori. kira tetamu paling last la kitorang ni. padahal time tu baru je kul 330ptg. dah sampai duk carik pengantin, ingatkn dah masuk tidoq dah, rupanya duk tangkap gambaq. hahahah kitorang makan dulu la. pastu pengantin kuar sembang apa semua. masuk dalam rumah tangkap gambaq lagi skali. camni la pengantin yg sempoi. heheheh

tetamu yang datang dari jauh ni. heheh

tetamu yang datang dari jauh ni. heheh

lepas ni korang siap, siap la kitorang kenakan korang kata zul sambul tepuk bahu meor.

"lepas ni korang plak, siap la kitorang kenakan korang" kata zul sambul tepuk bahu meor.

Tersengih kepenatan.

Tersengih kepenatan.

then racun meor utk tumpang kitorang balik kl, padahal dia dh beli tiket kul 7 dari ipoh ke kl. pastu dia cakap kena anto tunang dia balik dulu. aku kata tak kesah la. kat batu gajah tu. jauh jugak la. lepas tu dia yg drive smpi kl. aku tidoq kat belakang. hahahah best betui ada drebar ni. hehehe.

sampai restoran jejantas sungai buloh, pekena nasik lemak Rm6. malam tu ada final badminton olimpik. malaysia dapat pingat perak je. malaysia boleh! pastu sambung perjalanan balik. sampai rumah kul 12 camtu. esok nak kena kerja. baju tak seterika lagi. aduiiii. malasnya aku.

eh pesanan kepada korang yg kawen ni, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan korang. walaupun kedatang kitorang tak membawa apa2 hadiah buat kalian, anggaplah kehadiran kami sebagai juga satu hadiah untuk anda.

kalau korang tanya aku, nape tajuknya 1000KM, perjalanan KL-AS pegi balik ada la dalam 800++ KM, tambah ikut jalan bawah itu ini. so aku cukupkn jadi angka 1000KM la. hehehe itu jek. adios and thanks for reading.

 

Mari Berkebun August 12, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 2:51 am
Tags: , , ,

Minggu lepas macam biasa pergi ke kebun. minggu ni rasanya paling multitask. rumput tak banyak sangat sebab dah meracun last 3 weeks. so certain kawasan je yang nak kena mesin. rambutan masih lagi banyak kat pokok. esp pokok kat belakang tu. so kat bawah ni ringkasan apa xtvt minggu lepas.

Mesin Rumput
ada certain kawasan yg rumput dh start panjang, kena mesin la awal2. nanti dh panjang2 jadi malas plak nak mesin. biasa mesin pakai pisau, kali ni pakai tali plak. kalau stakat pokok renek memang putus dgn mudahnya. tapi ada sejenis rumput ni mmg tak makan saman dengan tali. mau pakai pisau gak. minggu depan siap kau rumput. aku potong dengan pisau.

Tanam Pisang

Entah camne aku bleh terajin plak minggu lepas. memula start dengan tiga batang anak pisang. pastu tup tup dah 10 batang. ini aku jadikan peratus la. so kalau 10 pokok ni berjaya, dapat la 100%. sebenarnya aku pakai ekperimen tengok je. ada antaranya aku amik dari anak pisang yang dh besar. sebahagian plak dari anak pisang yg kecik2, yang baru macam rebung tu. so nak tengok bleh survive ke idak anak pokok pisang ni. untuk pengetahuan aku tak p kursus mana2 pun. tak macam sorang member tu, siap gi kursus tanam cendawan. hahahahah

Buat Beam Pagar

Aku pun taktau aku eja tu betui ke tidak. aritu dh pasang pagar, so skrg ni buat beam(simen bahagian bawah pagar) tu la. satu tujuannya tak bagi binatang/org lalu ikut bawah pagar tu. keduanya nak bg kukuh pagar tu. nk kena bancuh simen tu yg perit sket. pastu nak angkat pergi ke pagar tu. so far baru siap buat beam tu dalam 20% baru. banyak lagi tu weiii.

Petik Rambutan
Ini mmg kerja biasa skrg ni. tapi seronot arr. minggu lepas kutip tak banyak. nak bawak balik opis sket ja. tunggu kengkawan yg nak datang amik pun takdak. paling suka rambutan lychee kat pokok belakang tu. sangat sedap.

Next week aku tak balik. ada trip lain. KEDAH negeriku, tunggu aku kembali ke sana. harap2 pokok2 tu bleh survive la. eh, pokok pisang yang aku tanam tu haram aku taktau jenis/nama baka dia. maybe lepas ni aku nak kena buat penyelidikan sket ni.

 

Print Email in Outlook 2007 August 7, 2008

Filed under: Windows — asriey @ 3:57 am
Tags: , , , ,

Some user complaining that they cannot directly print selected email in Outlook 2007 as what they have did in Outlook 2003. The solution is to open up an email. Go to Other Actions->View In Browser. Then select which email you want to print, File->Print.