.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Gomen Is Hiring! January 24, 2007

Filed under: Personal — asriey @ 3:50 pm

Tengahari tadi mak kat kampung tipon. bgtau ada surat panggilan temuduga. jawatan penguasa kastam W41. aku pun ingat2 lupa yang aku ada apply jawatan ni dalam borang SPA tu. rasa macam dah lama sangaat tak updet.

skali interbiu tu kat kedah. nak kena balik sana la nampaknya bulan februari ni. plak tu kat sini time tu nak buat staging untuk server tu. masa yang sangat kritikal. ingat amik cuti sehari dah la kot.

malam ni check laman web spa. ini statistik yang aku dapat.

aku termasuk dalam golongan 1308 orang yang akan dipanggil temuduga untuk mengisi 92 kekosongan.

 

KITA TANYA, ALLAH JAWAB January 22, 2007

Filed under: Personal — asriey @ 3:19 pm

Ini copy dari blog saudara marjan.

KITA  BERTANYA               :KENAPA AKU  DIUJI?

ALLAH MENJAWAB          :”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui  orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah  Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA                :KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU  INGINKAN?

ALLAH MENJAWAB          :”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,  dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah ayat  216

KITA BERTANYA                :KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

ALLAH MENJAWAB          :”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA                :KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?

ALLAH MENJAWAB          :”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang  beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA                :KENAPA MESTI BERSABAR?

ALLAH MENJAWAB          :”Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah  sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA                :BAGAIMANA HARUS AKU  MENGHADAPINYA?

ALLAH MENJAWAB          :”Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali  kepada orang-orang yang khusyuk” Al-Baqarah ayat  45

KITA BERTANYA                :APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

ALLAH MENJAWAB          :”Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…… ” Surah At-Taubah ayat  111

KITA BERTANYA                :BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN?

ALLAH MENJAWAB          :”.dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang  kafir.” Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA                :KEPADA SIAPA AKU  MESTI BERHARAP?

ALLAH MENJAWAB          :”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” Surah At-Taubah ayat  129

 

Flashback January 21, 2007

Filed under: Personal — asriey @ 2:32 pm

Ketika ini mungkin rakyat malaysia rata-ratanya sedang leka menyaksikan Anugerah Juara Lagu. Aku hanya sempat lihat gitu2 je. kurang berminat sebenarnya. rasa macam terlalu banyak leka dengan hiburan. dengan datangnya tahun baru hijrah, harapnya ada kesedaran dalam diri aku untuk berubah. walaupun tidak banyak, tetapi perubahan mesti berlaku.
—————————————————————————
Outstation
Masalah yang berlaku kat satu site ni dah lama sangat dah. aku pun tak sure masalah yang sebenarnya. aku diarahkan untuk membantu menyelesaikan masalah kat sana tu. aku agak terkilan dengan jawapan yang agak kurang ajar oleh seseorang dari “site” sana tu. ye la, aku bertanya dengan bahasa yang baik. adalah tidak wajar untuk dia membalas dengan ayat sebegitu.

akhirnya sampai jugak arahan dari bos untuk aku ke sana. masalah yang sebenar adalah tak sama seperti yang aku expect. dari maklumat awal menggambarkan masalah lain. ini yang menjadi masalah kepada aku. nasib baik kat sana ada internet. dapat jugak la mendapatkan pandangan mereka yang pakar dengan bantuan pakcik Google.

kalau la korang dapat bayangkan perasaan korang bila orang yang tak korang kenali telah under estimate kebolehan korang. pulak tu menyamakan korang dengan orang lain yang dia pun hanya kenal camtu2 je. tapi pada ketika tu aku dah tak kisah. asalkan problem ni selesai, aku nak balik.  siap bleh cakap dia prefer somebody else untuk datang. kalau camtu kenapa tak bagitau siap2 dalam email.

bila mana problem dah setel, dia seolah2 tak puas hati. kononnya itu adalah temporary solution. nampak macam senang ja aku ngan member selesaikan masalah kat situ. siap esok paginya dia pergi test sendirik login kat satu pc and then bgtau kata solution tu tak menyelesaikan masalah. tapi yang peliknya bila staff yang sepatutnya login kat pc tu dapat login tanpa sebarang masalah.

dari situ aku dah agak yang dia memang tak puas hati. siap dia bersungguh-sungguh tunjuk sms dari PM yang menyuruh jangan bagi kitorang ni balik sampai selesai masalah kat sana. dalam hati aku, lantak la dia ni. malas dah nak layan. Ntah apa status pun tatau site kat sana tu hari ni. aku dh malas nak bertanya khabar.

jangan menjadi aku agak naik hangin bila dia emailkan kat bos aku untuk ambil tindakan sebab ada masukkan something tentang diri dia kot. aku pun tak sure apa masalah dia ni. datang baca personal blog aku, pastu nak komplen. ahaks. perangai macam budak kecik!

aku penah outstation ke site yang lain jugak, tapi tak plak aku berjumpa perangai yang macam “dia” ni. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ahh.. lantak la..

Mak aiii panjangnya aku membebel.
—————————————————————————————-

Zoom In bersama Raihan
Semalam  ada tengok  sekejap kat tv2 rancangan  tu. dalam tu diperkenalkan vokalis raihan yang baru. zulfadli ka nama dia. tak ingat dah. aku sangkakan dan bayangkan konsert yang dipenuhi percussionist yang hebat seperti hassan thornton tak pun hamzah, pastu mohram ka. tapi malangnya, ntah sapa2 ntah. aku memang tak kenai.

set pun hambar. stendet RTM la. kata berpuluh juta untuk naikkan jenama rtm ni. tapi tengok sama ja. HAMBAR. itu ja ayat sesuai melalui pandangan mata aku.

 

Remote Desktop Tools January 18, 2007

Filed under: Windows — asriey @ 11:22 am

Alhamdulillah, dapat bersambung lagi berkongsi sesuatu dengan anda semua. Kalau belum baca disclaimer, sila baca dulu, ada kat sini.

Kali ni nak share tentang remote desktop tools. Harapnya korang tau la remote desktop tu mende. perkataan tu dah menggambarkan maksudnya. paling berguna kalau kita malas nak pergi mengadap server lagi pulak kalau bilik server tu jauh yang amat.

dalam OS winXP dan ke atas, perisian ini telah didatangkan secara bersama. Untuk guna just pergi ke Start->All Program->Accessories->Communication->Remote Desktop Connection. Interfacenya lebih kurang macam kat bawah ni la. tapi yang ni dah lain sebab aku guna visual style.

Kekurangannya ialah hanya bleh connect/masukkan satu pc/server pada satu masa, kalau nak remote server/pc lain, kena bukak lagi satu connection la.

Tools yang kedua ialah remote desktop yang datang skali dengan windows 2003 server admin pack. Boleh download kat website microsoft for free. Interface dia lebih kurang macam kat bawah ni. kelebihan dia ialah kita bleh masukkan seberapa banyak connection yang kita perlukan. so hanya perlukan satu tools sahaja untuk remote ke banyak server.

Kelemahan yang ni ialah kita tak boleh nak sort ikut kehendak kita, let say nak sort by name etc. pastu untuk setiap server kita kena configure differently username, password dan domain server tu.

Penyelesaian kepada kelemahan tu ialah VisionApp Remote Desktop. Software ni adalah free in term of use. Boleh download kat website ni VisionApp.

Kelebihan ialah tabbed browsing dan jugak boleh set credential. maksudnya kita hanya set skali saja untuk username, password dan domain. yang lelaian nanti akan inherit.

 

Disclaimer

Filed under: Personal — asriey @ 2:59 am
  • Segala apa yang aku taip kat sini adalah merupakan pandangan peribadi aku sendirik. Ianya tiada kaitan dengan kompeni tempat aku bekerja atau yang seangkatan dengannya.
  • Ini adalah blog peribadi AKU. So aku boleh tulis apa yang aku nak selagi termampu. Kalau korang rasa ianya berguna, take it as ILMU, if not, just leave this blog.
  • Aku jugak tak bertanggungjawab kalau solution yang aku berikan mendatangkan masalah lain pada sistem korang. Use it at your own risk.

p/s: kepada budak kecik yang perasan bagus, kalau kau baca ni, harap paham2 sendiri la. Ni personal blog macam personal diary. kalau kau datang sini dan baca orang kutuk kau, itu sendirik mau ingat la. kalau tak puas hati kat blog aku, boleh email aku atau letak je kat komen. kalau tak suka orang kutuk kau, buat la perangai yang SEMUA orang suka.

 

Domain Missing January 16, 2007

Filed under: Windows — asriey @ 3:30 am

Dari 8-10 Jan yang lepas, aku telah dihantar untuk menyelesaikan masalah active directory(as always). Problem yang dibgtau adalah berkenaan domain missing(ni ntahpape punya laporan).

dah sampai sana, baru la tau, problem sebenar bukannya domain missing(hampehsnyer site engineer), tp yang ni ->The system cannot log you on to this domain because the system’s machine account in its primary domain is missing or the password on that account is incorrect.” user dapat error ni bila login kat certain2 pc. pastu di dapati Domain controller tak replicate each other. tak tau la sejak berapa lama dah.

camne kita nak check DC ni replicate ke tak? dalam CD win2k server, ada support tools, install la yang tu, dalam tu ada AD Replication Monitor, run yang tu, pastu add monitor server.

rupanya, DC02 carik server kat hq untuk replicate, lepas tak jupe, terus dia tak replicate. patut la. pastu bila force replicate ngan DC01, dapat error ni :

memandangkan site ni dah memang tak replicate ke HQ, so delete je replication server HQ tu dalam Active Directory Site and Services->Sites->Default-First-Site-Name->KNGDCxx->NTDS. Lepas tu, kat dalam REPLMON, terus dia replicate ke DC01, nampaknya solution tadi telah selesaikan satu masalah.

malasahnya seterusnya, yang merah kat atas tu, satu kaedah ialah delete fail security kat dalam winnt nyer folder, dan satu kaedah yang lagi senang tapi take time sket ialah disjoin and join balik domain. selepas disjoin, delete computer name dalam AD User & Computer->Computer. dan penyelesaian ni menyelesaikan masalah buat masa ini.

p/s: tujuan aku letak kat sini, jugak sebagai documentation untuk diri aku, sambil share ngan sesapa yang nak belajar. kekadang kita lupa, so kat sini bleh refer. site microsoft

Wassalam.

 

Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 January 7, 2007

Filed under: Personal — asriey @ 6:06 am

Semalam berkesempatan untuk bersama-sama dengan beberapa member mengikuti majlis pelancaran TMM07. acara yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bermula pada kira2 jam 9 malam. Penat menunggu masa dan detik untuk pelancaran.

Biasa sebelum ni kalau attend majlis camni, aku terlibat sebagai organiser, samada assistant soundman/assist. lightingman/floor manager. kekadang rindu jugak tugas-tugas lama tu. last time masa buat event untuk Konsert Siti Nurhaliza kat KUSTEM. itu la yang terakhir.

acara semalam pada aku agak hambar. kitorang yang pergi pun sememangnya tidak mengetahui flow program pada malam tu. kedudukan pancaran bunga api pun tidak diketahui. hasilnya, kami berada pada lokasi yang tidak strategik untuk mengambil gambar percikan bunga api. dah tu, tripod pun tak dak. ni semua gambo handheld je.

kat bawah ni ada beberapa hasil yang tidak seberapa dari aku yang masih baru di alam fotografi digital.

p/s: esok pagi akan outstation ke keningau, sabah. insyaAllah selama tiga hari. My Fotopages pun dah update. URL http://asriey.fotopages.com