.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Dunia yang sepi December 26, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 4:12 am

Biasanya bilik ini bising dengan bunyi suara² manusia. tapi hari ini yang kedengaran hanya bunyi kipas dari dalam casing server dalam bilik server. ini kerana ramai yang mengambil cuti sempena hujunga tahun dan jugak ada yang bertarung di medan perang.

peperangan yang maha hebat antara IP lama dan pertukaran IP baru. mereka tergolong dalam skuad elite delta force I. pastinya misi tidak mustahil tersebut akan tercapai. hanya masa akan menentukan bila mereka akan pulang ke pangkuan keluarga mereka. yang pasti, mereka akan pulang jua.

aku? masih lagi disini.

 

Macam² December 22, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 4:19 am

Aku tengok orang yang datang ke blog ni, dari macam² keyword dari google. ada yang lawak pun ada. tapi still sampai ke sini. ini entry aku sebab tak merancang apa yang nak dimasukkan kat sini.

kalau korang yang baca ni ada cadangan, boleh la letak kat bahagian komen tu. if within my scope of knowledge, then i’ll try to share the knowledge.

so far yang ada dalam pemikiran skrg ialah tentang Veritas Cluster Server, Cara download movie, mp3, softwarez guna IRC, siri seterusnya untuk UNIX dan AD, pastu mungkin ada review beberapa game utk nokia 6630. Kemungkinan jugak ada tambahan lagi untuk my new D70s. Comments are welcome.

 

My N6630 December 6, 2006

Filed under: Mobile — asriey @ 1:38 am

Sejak sekian lama cuba nak tukar font kat N6630 ni, tapi tak pernah berjaya. Macam2 cara dah try, tapi sama jugak. Baru2 ni install Nokia PC Suite version latest skali. Skali tengok ada option untuk update firmware. Firmware yang sebelum ni 5.03.08, yang latest utk N6630 ialah 6.03.08. Camne nak check firmware? Taip ni*#0000# maka dapat la informasi pasal firmware version.

Sebelum update make sure la backup, esp. Phonebook tu, penting woo. caranya ialah syncronize dgn MS Outlook. guna pc suite la jugak. sometimes kena configure sket kat bahagian sync kat handset. tujuan backup ni bukan apa, takut incase jadi apa2 ja.

lepas dah backup, make sure bateri handset penuh dan ada connection internet. sebab firmware akan didownload dari internet. kalau semua keperluan dah ada, proceed. so kat bawah ni screenshot lepas update firmware dan install theme yang sesuai.

Senarai software+games yang menarik dan dah test.

  1. AquaCalendar-boleh ganti kalendar yang sedia ada dgn pelbagai function tambahan seperti birthday, task-to-do, reminder etc.
  2. FExplorer-file manager.
  3. OggPlay-untuk play lagu atau media player
  4. PocketQuran-mudah untuk baca quran kat mana2.
  5. FrozenBubble-game yang best..tembak2 bubble. asal dari linuxnyer game.
  6. MSDict-Dictionary
  7. AlarmManager-untuk manage alarm
  8. Rick-game yang best jugak
  9. KeyLocker-untuk lock keypad
  10. IM+-untuk beryahoo messenger
  11. ExplodeArena-game ni memang best. macam game bomberman, tapi lagi best. confirm!

Itu saja..kalau ada nak tanya or comment, letak kat bawah..hehe

 

Asas CommandLine Unix I December 5, 2006

Filed under: Solaris/Unix — asriey @ 2:43 pm

Lagi..sesi soal jawab.

S: Camne nak view semua file dalam directory?
J: ls -al

S: Camne nak check servis yang sedang running?
J: ps -ef

S: Camne nak check IP?
J: ifconfig -a

S: Camne nak copy folder?
J: cp -r

S: Camne nak create folder?
J: mkdir nama-folder

S: camne nak delete folder yang berisi?
J: rm -rf

S: camne nak check routing network?
J: netstat -rn

S: nak check system state setiap 1 saat dalam 100 saat?
J: sar 1 100

S: check disk usage?
J: df -hk

 

Mari mengenal Active Directory II

Filed under: Windows — asriey @ 3:46 am

Skali lagi…

S: Apakah itu FSMO?
J: singkatan daripada Flexible Single Master Operations. Ianya adalah fungsi2 yang terdapat dalam satu2 DC. Terdapat 5 FSMO roles iaitu Schema Master(forest-wide), Domain Naming Master(forest-wide), PDC Emulator(domain-wide), RID Master(domain-wide) dan Infrastructure Master(domain-wide).

S: Panjangnya?
J: Pendekkanla sendiri.

S: Apakah servis yang biasanya terdapat pada DC?
J: Terpulang pada setting masing2. biasanya ActiveDirectoryServices, DNS dan DHCP.

S: GPO?
J: Tu Group Policy Object. kita boleh manage policy yang tertentu dengan menggunakan GPO ni. sebagai contoh, kita boleh create satu policy untuk tambah URL pada ruangan Favourites Internet Explorer. Polisi ini boleh diapply pada domain, OU dan juga user.

 

Mari mengenal Active Directory I December 4, 2006

Filed under: Windows — asriey @ 2:17 am

Khas untuk seseorang bernama moja..hehehe

Soalan(S): Apakah itu Active Directory?
Jawapan(J): Korang bayangkan sebuah laci atau almari. Dalamnya tu ada banyak drawer kan? dalam setiap drawer tu ada simpan macam2 barang korang kan? itu la konsepnya.

S: Apakah itu Organizational Unit?
J: Kan dah terangkan kat atas tu. Drawer tu ibarat OU la.

S: Apakah itu Domain Controller(DC)?
J: Server yang jalankan Active Directory services samada sebagai Primary Domain Controller(PDC) or Secondary. Ianya mempunyai fungsi yang pelbagai.

S: Camne nak jadikan server tu sebagai DC?
J: Klik Start->Run. pastu taip dcpromo.

S: Itu je?
J: itu je. pastu ko ikut je wizard tu.

p/s: pastikan OS korang ialah Win2K Svr. atau Win2K3 Svr. Kalau ada soklan nanti bleh letak kat comment, ok.