.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Kembali Bergambar June 13, 2009

Filed under: Personal — asriey @ 6:32 am
Tags: , , ,

Jangan salah paham dengan tajuk kat atas tu. pokcik nak maksudkan kembali menggunakan kamera yang telah sekian lama bersemadi dalam DIY drybox tu. Dah lama sangat rasanya tidak pergi menangkap gambar ni. tangkap ikan pun rasanya dah lama jugak tak pegi.

seperti biasa, membuat kerja-kerja amal. bermaksud tanpa sebarang bayaran dikenakan. pokcik tak kesah apa orang nak kata, pokcik ikhlas nak tolong kawan-kawan. walaupun gambar tak secantik pro, tapi sekurang-kurangnya diorang gembira bila tengok gambar tu, dan tak malu nak framekan.

projek pertama adalah ke Kuantan. Majlis pertunangan seorang sahabat yang agak kurang ensem berbanding pokcik. tunangannya pun orang kuantan jugak. tapi dengar ceritanya lepas majlis nanti akan berhijrah ke KL. cerita pertemuan diorang belum lagi dapat dikorek buat masa ini. mungkin cerita tersebut akan disiarkan dalam posting selepas majlis diorang nanti.

seperti biasa, untuk ke Kuantan, pokcik amik bas kat stesen bas pekeliling. menaiki bas kegemaran iaitu bulan restu. tiket bas tuan majlis yang belikan. perjalanan hari tu dekat empat jam setengah juga sebab ada kemalangan berhampiran simpang masuk ke sungai pandan.

Banyak cerita menarik yang telah disampaikan oleh bonda tuan majlis ni. tapi biarlah segala cerita tersebut tersimpan dulu buat sementara waktu. hehe

Majlis pertunangan yang berlangsung pada 31/5/2009 di Kuantan

Majlis pertunangan yang berlangsung pada 31/5/2009 di Kuantan

Majlis pertunangan tersebut berjalan dengan lancar sekali dalam suasana yang ceria dan sekali sekala tuan rumah agak sebak dalam ucapan beliau. belanja dan tarikh untuk majlis telah ditentukan. sama-sama la kita tunggu untuk makan nasi minyaknya nanti.

Perkahwinan Shukri
Shukri adalah sepupu. Anak kepada Mak Lang. Majlis pihak perempuan telah berlangsung pada 31/5/2009 di Kedah. Majlis pihak lelaki pula diadakan di Kahang, Johor.

Shukri dan pasangan

Shukri dan pasangan

persiapan majlis berlangsung secara gotong rotong. jiran tetangga datang membantu menyediakan bahan-bahan untuk masakan dan juga persiapan khemah kenduri.

pada hari kenduri, majlis diserikan lagi dengan persembahan silat dan juga gendang silat dari Kumpulan Silat Garuda dari Endau. sempat juga membuat outdoor shooting di dalam ladang kelapa sawit.

Advertisements
 

Video Sepak Raga Tuju May 15, 2009

Ni ada satu video yang pokcik nak kongsikan. baru lagi ni. masih panas. perhatikan bagaimana permainan ini dimainkan.

kepada yang tau main dan berminat untuk join main, jemput datang ke Presint 9, Putrajaya.

 

Kenapa Sepak Raga/Sepak Takraw May 8, 2009

Filed under: Personal — asriey @ 2:39 am
Tags: , ,

Ada orang pernah bertanya kat pakcik, kenapa main sepak raga/takraw je. permainan lain tak reti main ke? sebenarnya bukan tak reti main permainan lain, tapi sejak dari kecil lagi dah bermain permainan ni. dah terlalu banyak masa dikorbankn untuk belajar main sukan ni.

bermula seawal tingkatan satu dah mula berjinak-jinak. belajar timbang bola, then main dengan orang-orang yang lagi dewasa. banyak kenangan pahit yang telah dilalui sepanjang tempoh tersebut. kena maki, kena halau, kena bola sampai berdarah betis.

namun semua tu terus memberikan semangat untuk terus belajar dan belajar untuk menguasai permainan tradisi ini. kalau dilihat secara kasar, nampak permainan ini seolahnya senang. sebenarnya ada rahsia dan teknik tertentu yang hanya dapat diperolehi jika banyak melihat orang lain main ditempat yang berbeza.

dalam kiraannya sudah hampir 15 tahun bermain sepak raga/takraw. terasa seronok bila dapat berjumpa dan bermain dengan orang lain yang mempunyai minat dan kepandaian yang sama tapi tersendiri.

Tak kisah sebenarnya sukan apa pun yang anda suka/gemari. itu terpulang pada kepandaian masing-masing. yang penting kita bersukan.

kepada mana-mana geng sepak raga yang ada dikawasan KL/Selangor ini, sila tinggalkan komen beserta nombor untuk dihubungi. mungkin pada satu masa nanti, kita boleh buat “kenduri” seperti yang selalu diadakan di kawasan Utara.

 

Paintball di Putra Paintball February 28, 2009

Filed under: Personal — asriey @ 5:50 pm

Bertempat di Putra Paintball,  Desa Pinggiran Putra Putrajaya berlangsung satu peperangan paintball antara dua pasukan campuran. Seramai 15 orang(sepatutnya 20 orang tapi tarik diri saat akhir) peserta telah menyertai permainan ini dan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan 8 orang melawan 7 orang.

Ramai diantara mereka adalah merupakan kali pertama bermain dan kesemua mereka tidak sabar untuk menunggu acara seterusnya pada bulan depan. sekarang saksikan beberapa gambar yang telah ditangkap oleh jurugambar tidak professional iaitu Puan Kueh Bangket. Terima kasih(walaupun gambar banyak blur :D)

dsc_0039

gambar pasukan lapan orang. lagi tak mau mengaku pasukan diorang lebih sorang. semua kena masuk tadika balik. belajar mengira

berbincang stategi kononnya.

berbincang stategi kononnya.

tembakkk!!!!!!

tembakkk!!!!!!

Terima kasih daun keladi kepada semua yang datang. Lain kali kita bertemu lagi. Mungkin di Ulu Yam atau Tanamera. Bulan Mac dah penuh aktiviti. Tunggu posting seterusnya berkaitan marker Tippmann X-7.

 

Sepanjang Bulan Januari January 31, 2009

Filed under: Personal — asriey @ 2:47 pm

Hari ni dah genap sebulan berada di tahun 2009. ini juga adalah posting pertama untuk tahun ini. sungguh malas nampaknya pakcik nak menaip kat sini. kedatangan awal tahun kali ni membawa banyak kisah kedukaan dan kesedihan. terlalu ramai yang telah pergi meninggalkan. ada yang takkan kembali lagi.

yang paling terkesan pemergian toknek.  terasa macam baru sangat jumpa dengan dia dalam keadaan sihat. tiba-tiba dah dimasukkan ke hospital yan. perkara yang terakhir yang pakcik sempat buat ialah bawak dia pulang balik rumah. dia tak selesa berada di hospital. mintak nak balik rumah. beberapa minggu lepas balik dari hospital, dia pun pergi meninggalkan kami buat selamanya.

pemergian isteri meor pun begitu terkesan. rasa macam baru saja menghadiri kenduri perkahwinan diorang pada bulan november lepas. terbayang-bayang lagi kegembiraan yang terpancar di wajah diorang pada majlis tersebut. itulah namanya ketentuan.

ada lagi mereka yang lain yang pergi meninggalkan dunia ini. tapi itu tidaklah memberikan kesan seperti dua kes di atas. Al-Fatihah untuk mereka.

pakcik berjanji dengan diri pakcik, bermula bulan Februari, blog ini akan terisi dengan kandungan info-info yang lebih bermaklumat, terutamanya berkaitan dengan IT.

Ini sahaja untuk bulan Januari. Moga bulan-bulan mendatang membawakan khabar berita yang gembira untuk pakcik dan korang semua. Wallahua’lam

 

Mari Berkebun Episod IV December 11, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 9:43 am
Tags: , , ,

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa telah terjadi kepada kebun pakcik. Alhamdulillah, kebun makin bersih dan semakin terurus. jagung pun dah mendatangkan hasilnya. antara kerja lain yang masih perlu disiapkan ialah:

1-bin untuk pagar. sebab ada anjing pandai korek lubang dan melepasi pagar.

2-tanam betik dicelah pokok pisang.

3-tambah pokok serai

4-bersihkan daun-daun rambutan yang kering dan bakar.

5-potong dahan-dahan rambutan yang dah tua.

Hasil jagung kali ni agak kurang memuaskan. ada tongkol jagung yang isinya tak penuh pun. mungkin kekurangan baja atau faktor tanah yang kurang sesuai. jagung ni memang manis. isinya kuning dan putih. Pakcik akan menyambung penanaman seterusnya  dalam bulan Januari 2009. InsyaAllah.

081211-6

Bin pagar

081211-1

baru nak membesar

Jagung

081211-2

dah besar dan berbunga

081211-5

jagung yang berjanggut

081211-3

hasilnya yang telah dipetik

dan hasilnya yang tak cukup sempurna.

dan hasilnya yang tak cukup sempurna(setelah buang kulit)

 

Demam Paintball December 2, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 3:36 am
Tags: , ,

29 hb November adalah hari gila aku. kali pertama main paintball dua kali dalam sehari. bunyik macam makan ubat la plak. sesi pagi main kat dalam hutan kelapa sawit. petang plak main kat field. kesimpulan mudah aku ialah main dalam hutan kelapa sawit lagi best. projek ni akan repeat pada hujung bulan ni. so kepada kengkawan yang berminat nak join, boleh update aku sebelum atau pada 15hb disember ni. ok. sedikit gambar untuk meracun kengkawan sekalian.

Putra Paintball banner

Putra Paintball banner

Tengah berperang niii

Tengah berperang niii

team aku yang kalah. tak pa, next time siap korang. huh!

team aku yang kalah. tak pa, next time siap korang. huh!

next posting aku update pasal jagung(dh masuk dalam perut) dan kebun pisang.