.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

A 1000 KM journey story August 21, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 2:51 am

Yezzah. kali ni bercerita tentang trip menghabis duit kitorang g Kedah 15-17 Ogos yang lepas. bertolak dari KL lebih kurang jam 1130 malam camtu. sampai alor setar kul 430pagi. ada org cakap lajunya bawak kete. aku kata biasa je. sebab rasanya aku pernah buat lagi cepat dari tu. masa duk rajin outstation alor setar dulu la.

ingatkan nak g sarapan kat kopitiam. skali tertido sampai kul 10. mak plak buat cucur cempedak goreng dengan air kopi. apa lagi. makan tak hengat punya. pastu p kedai pak lang bree, pekena nira nipah plak. pergghh memang sedap nira nipah ni.

Intan & Famili

Intan & Famili

lepas sembang apa semua, terus g tempat kenduri yang pertama, kat dewan koperasi guru, depan maktab mahmud. kenduri kawen zila. dah janji dgn intan harnani & famili dia. lepas tunggu diorang sampai. masuk dan makan sesedap rasa. kata pengantin sampai kul 1230. tunggu punya tunggu, sampai beberapa kali dapat signal suruh bangun dari meja, pengantin tak sampai2 lagi.

Kesian pengantin, dah lapar sangat kot. hehe

Kesian pengantin, dah lapar sangat kot. hehe

so keluar la ikut pintu belakang, tunggu kat luar plak. dah agak lama tunggu tu, p la tanya bapak pengantin. skali cakap pengantin dah masuk dah. hahahaha so kiranya masa kitorang kuar ikut pintu belakang tu la kot pengantin masuk. time tu pengantin tengah duk nk makan. pengantin ni macam lapo jek. nak tangkap gambo pun nak makan jugak lagi. hehehe macam2. aku pun tak snap banyak gambo. dah ada OP diorang. so tak payah nak sibuk2 macam OP.

next destination ialah anak bukit. kenduri kawen anak tok penghulu kg aku dulu. merangkap schoolmate masa sekolah menengah. Azmira Akmal Sateri nama diberi. makanan kat sini memang lain dari yang lain. maklum la masak kat kg aku. menu untuk hari tu. Nasi+daging rebus+cicah+sayur keladi+laksa+rambutan. layan betul makan nasik.

Azmira & Ridwan

Azmira & Ridwan

lepas dah tangkap gambar dua keping, aku pun singgah sekejap kat site lama. Hospital Sultanah Bahiyah. menjenguk bebudak yang konon2 tengah buat kerja. tak ramai yang ada. tapi takpa, saja ja pun p tengok diorang. bilik server pun dah kemas dah skrg. dah tak bleh pakai kasut kat dalam tu.

petang tu mael tipon, nak ajak teman dia kenduri sebelah pompuan kat ipoh. cakap dgn dia malam nanti jumpa kat mana2. so malam tu jumpa kat haji ramli nasi kandar ayam kampung. lepas makan and diskus macam YB lebih kurang, balik rumah and tido.

terlupa plak awal pagi tu ada gerhana bulan. bangun dah pagi. sempat amik sunrise jek. dapat matahari bulat. sarapan nasi goreng+daging goreng. sedapnya mak masak. ontheway nak masuk hiway, singgah jap tepi sawah tangkap gambar beberapa keping. pastu terjah jap rumah najmi. meracun dia beg baru. hehehe

Sunrise pagi lepas gerhana

Sunrise pagi lepas gerhana

jumpa dgn mael kat RnR sungai perak. pastu teruskan perjalanan ke rumah pengantin perempuan. aku skip kisah kad touch n go ada virus. hahahaahahahhaha lepas dh makan n tangkap gambar secukupnya, aku patah balik ke kuala kangsar utk kenduri yg mmg dah plan kena pegi.

Incik El, single and looking

Incik El, single and looking..

Tuan punya blog gambar kena besaq sket. hahahah

Tuan punya blog gambar kena besaq sket. hahahah

Mael

Mael & Isteri

jumpa meor kat RnR sungai perak jugak. dia naik kete savvy biru baru tunang dia. hehehe sampai rumah zul, katering dah kemas barang masuk lori. kira tetamu paling last la kitorang ni. padahal time tu baru je kul 330ptg. dah sampai duk carik pengantin, ingatkn dah masuk tidoq dah, rupanya duk tangkap gambaq. hahahah kitorang makan dulu la. pastu pengantin kuar sembang apa semua. masuk dalam rumah tangkap gambaq lagi skali. camni la pengantin yg sempoi. heheheh

tetamu yang datang dari jauh ni. heheh

tetamu yang datang dari jauh ni. heheh

lepas ni korang siap, siap la kitorang kenakan korang kata zul sambul tepuk bahu meor.

"lepas ni korang plak, siap la kitorang kenakan korang" kata zul sambul tepuk bahu meor.

Tersengih kepenatan.

Tersengih kepenatan.

then racun meor utk tumpang kitorang balik kl, padahal dia dh beli tiket kul 7 dari ipoh ke kl. pastu dia cakap kena anto tunang dia balik dulu. aku kata tak kesah la. kat batu gajah tu. jauh jugak la. lepas tu dia yg drive smpi kl. aku tidoq kat belakang. hahahah best betui ada drebar ni. hehehe.

sampai restoran jejantas sungai buloh, pekena nasik lemak Rm6. malam tu ada final badminton olimpik. malaysia dapat pingat perak je. malaysia boleh! pastu sambung perjalanan balik. sampai rumah kul 12 camtu. esok nak kena kerja. baju tak seterika lagi. aduiiii. malasnya aku.

eh pesanan kepada korang yg kawen ni, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan korang. walaupun kedatang kitorang tak membawa apa2 hadiah buat kalian, anggaplah kehadiran kami sebagai juga satu hadiah untuk anda.

kalau korang tanya aku, nape tajuknya 1000KM, perjalanan KL-AS pegi balik ada la dalam 800++ KM, tambah ikut jalan bawah itu ini. so aku cukupkn jadi angka 1000KM la. hehehe itu jek. adios and thanks for reading.

 

10 Responses to “A 1000 KM journey story”

  1. khaizha98 Says:

    Salam..hang ni bile nak membesar ni? He he…

  2. dina_dzahir Says:

    erm..nice journey..enjoy reading it..

  3. fidana81 Says:

    Tajuk Article menarik.. but lebih kepada Wedding Day Trips.. kikikikih

  4. oryza Says:

    Woit Asriezzz,

    Cantik laaa gambo “sunrise pagi lepas gerhana” tu….

  5. Zul Says:

    Thank korang datang, terasa gembira sangat…

  6. Harz Says:

    Thanks for the pic, geng. Dah save. Entah bila leh jumpa lg.

  7. Zurru Says:

    Thanks Asrie, El, Meor & Puteri;
    Kedatangan korang ke kenduri kami di Kuala Kangsar amat amat dikenang hingga akhir hayat, kesian korang drive jejauh demi memenuhi & memeriahkan lagi kenduri kami.
    Last but not least, terima kasih daun keladi,kerna mendoakan kebahagiaan kami.
    “insyaAllah, tahun depan…”

  8. Incik El Says:

    Salam..

    Yaa..selamat berbahagia kepada pengantin-pengantin kita. Moga romahtangga yang terbina dipenuhi barokah. Amiiin.. (^_^)

    Waahh..zu, tahun depan ye? Amiiin

  9. Syahid A. Says:

    tahniah 2x. tak dapat datang la. kalau tak aku pun nak shoot gambar zul tersengih penat. lol.

  10. zila Says:

    thanks bebanyak kt hg & el sbb p knduri aku hr tu. terharu sesangat sbb korang datang jejauh tu dlm keadaan tol+petrol mahal. tp sori la, x dpt melayan korang. sbb time tu kalut sket. mmg laki aku lapor btul time tu. dia x heran dh org duk amik gambo, janji dia dpt mkn…huhuhhhu…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s