Ada orang pernah bertanya kat pakcik, kenapa main sepak raga/takraw je. permainan lain tak reti main ke? sebenarnya bukan tak reti main permainan lain, tapi sejak dari kecil lagi dah bermain permainan ni. dah terlalu banyak masa dikorbankn untuk belajar main sukan ni.
bermula seawal tingkatan satu dah mula berjinak-jinak. belajar timbang bola, then main dengan orang-orang yang lagi dewasa. banyak kenangan pahit yang telah dilalui sepanjang tempoh tersebut. kena maki, kena halau, kena bola sampai berdarah betis.
namun semua tu terus memberikan semangat untuk terus belajar dan belajar untuk menguasai permainan tradisi ini. kalau dilihat secara kasar, nampak permainan ini seolahnya senang. sebenarnya ada rahsia dan teknik tertentu yang hanya dapat diperolehi jika banyak melihat orang lain main ditempat yang berbeza.
dalam kiraannya sudah hampir 15 tahun bermain sepak raga/takraw. terasa seronok bila dapat berjumpa dan bermain dengan orang lain yang mempunyai minat dan kepandaian yang sama tapi tersendiri.
Tak kisah sebenarnya sukan apa pun yang anda suka/gemari. itu terpulang pada kepandaian masing-masing. yang penting kita bersukan.
kepada mana-mana geng sepak raga yang ada dikawasan KL/Selangor ini, sila tinggalkan komen beserta nombor untuk dihubungi. mungkin pada satu masa nanti, kita boleh buat “kenduri” seperti yang selalu diadakan di kawasan Utara.