.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Sepak Raga Tuju/Ratus/Bulat part II May 21, 2008

Ni nak sambung part II dah. berikutan ramai yang bertanya itu dan ini berkenaan permainan ni. so ini akan dibuat sebagai rumusan. semua yang ditulis ini HANYA berdasarkan pengalaman sendirik. aku tak pernah jumpa jurnal atau sewaktu dengannya tentang permainan ini.

Sepak Raga Bulat

  1. Dimainkan dalam bulatan
  2. memakai pakaian, kasut dan stokin yg sesuai.
  3. bola takraw
  4. boleh timbang ikut suka sampai pengsan. tak dak rules yang spesifik.
  5. tak kesah bape ramai nak main.

Sepak Raga Ratus

  1. boleh secara perseorangan atau berkumpulan.
  2. jumlah kiraan adalah dari 3x jatuhan bola. ini depends pada peraturan pertandingan.
  3. boleh timbang seberapa banyak yang mampu. lg banyak, lagi bagus. tapi, kalau secara berkumpulan, satu orang hanya boleh timbang 3x sahaja.
  4. pakaian yang sesuai.

Sepak Raga Tuju

  1. paling kurang kena ada 2 orang. paling maksimum biasanya 9.
  2. hanya 3x timbang, dan pada timbangan kali ke 3, bola dihantar secara tikaman kepada org dihadapan sahaja. tepi tak boleh. dan bola hanya maksimum tinggi pada paras lutut.
  3. dimainkn dalam bulatan.
  4. make sure pakai pakaian n kasut+stokin.
  5. ada bola khas berwarna hijau kuning yang dikeluarkan untuk permainan ini. pada kotak tertulis, bola sepak raga tuju.

Ini saja yang sempat ingat buat masa ni. kalau ada yang tak jelas, bleh tanya dalam ruangan komen. nanti sy hupdate. chows!


Advertisements