.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Kenapa Sepak Raga/Sepak Takraw May 8, 2009

Filed under: Personal — asriey @ 2:39 am
Tags: , ,

Ada orang pernah bertanya kat pakcik, kenapa main sepak raga/takraw je. permainan lain tak reti main ke? sebenarnya bukan tak reti main permainan lain, tapi sejak dari kecil lagi dah bermain permainan ni. dah terlalu banyak masa dikorbankn untuk belajar main sukan ni.

bermula seawal tingkatan satu dah mula berjinak-jinak. belajar timbang bola, then main dengan orang-orang yang lagi dewasa. banyak kenangan pahit yang telah dilalui sepanjang tempoh tersebut. kena maki, kena halau, kena bola sampai berdarah betis.

namun semua tu terus memberikan semangat untuk terus belajar dan belajar untuk menguasai permainan tradisi ini. kalau dilihat secara kasar, nampak permainan ini seolahnya senang. sebenarnya ada rahsia dan teknik tertentu yang hanya dapat diperolehi jika banyak melihat orang lain main ditempat yang berbeza.

dalam kiraannya sudah hampir 15 tahun bermain sepak raga/takraw. terasa seronok bila dapat berjumpa dan bermain dengan orang lain yang mempunyai minat dan kepandaian yang sama tapi tersendiri.

Tak kisah sebenarnya sukan apa pun yang anda suka/gemari. itu terpulang pada kepandaian masing-masing. yang penting kita bersukan.

kepada mana-mana geng sepak raga yang ada dikawasan KL/Selangor ini, sila tinggalkan komen beserta nombor untuk dihubungi. mungkin pada satu masa nanti, kita boleh buat “kenduri” seperti yang selalu diadakan di kawasan Utara.

 

11 Responses to “Kenapa Sepak Raga/Sepak Takraw”

  1. HUZAIFAH Says:

    salam, asriey bhai.. hang ada main kt purajaya dak..? apa komen hang, permainan diorang…?stakat nilah dlu..

    • asriey Says:

      ada join diorang main. best skrg ni. even kitorang dh start main malam. esp malam minggu. meh la join skali.

      • HUZAIFAH Says:

        bleh gak.. tgk bla2 pre… kat tasek pon best gak.. bla pre kte p pukui org tasek nak…? bleh tggai no. pon…

  2. jang Says:

    kira kat kl pun dah meluas dah lah…lu org buat kenduri mail gua…insyallh kitaorg bawak org utara g cna…x ramai pun ader lah wakil ckit….

  3. pak mie Says:

    salam..kepada peminat main sepak raga tuju ni..saya dari Penanti kat tempat kami permainanan ni kian digemari..Kalau terjumpa budak yang memakai baju ada bertulis Kelab Sepak Raga Tuju Simpang Tiga.. dia la tu,walaupun pemain-pemain
    masih baru dok main try tetapi ada peningkatan la..cuma depa ni agak kasar sikit..kalau sesiapa lalu kat kampung kami try singgah la bagi tip sikit kat pemain-pemain yang kurang
    pendedahan..petang2 dok layan kat kampung kami saja..

    • mat arep b.m Says:

      kat mna bleh dpt tau peraturan pertandingan sepak raga tuju…nak try bt pertandingan tp xtawu peraturannya..harap bleh bgi informasi

  4. remy Says:

    nak cr geng sepak raga tuju kat area sepang…

  5. Den Lobo Says:

    salam saudara2..

    berlanjutan dengan pertanyaan dari saudara kita (mat arep b.m) pada 23 April 2010 dulu ni pun menarik gak..
    kalau ada sapa2 yg dapat membantu memberi lakaran ‘gelanggang sepak raga tuju’ tu pun cantik gak.. boleh la saya dan rakan2 lain memanjangkannya lagi kepada generasi baru.. semoga ada yg dapat membantu.. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih..

    • Den Lobo Says:

      ……. dan kalu dah dapat garis panduan tu bleh kami blah sini buat kenduri .. bleh jemput sedara2 kita yg lain tu… AMACAM???!! setuju??

  6. abdullah hadi Says:

    btul tu admin.. jgn ingat permainan sepak takraw ini mudah utk bermain, perlu dari asas menimbang, sy mengambil masa 3 tahun nak dpt menimbang tu pown bola melambung jauh, ini permainan tradisional kalau bukan kita sapa lagi nak warisi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s