.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Suatu Masa-Di bulan ramadhan tahun 2005 September 25, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 7:35 am

Ni siri baru, kisah flashback zaman2 silam. takkan la flashback akan datang kan. kisah ni masa kat kuantan. bersama geng2 bujang. aku, incik therion and zam. sorang tu bujang sebab binik dia berjauhan menyambung pelajaran. hehe

selepas balik kerja, amik incik therion kat rumah dia. kemudian ke tunas manja membeli sedikit barangan tambahan untuk memasak. menu utama pada hari itu ialah nasi bukhari. setiap orang perlu memasak satu jenis lauk. aku pun tak ingat apa lauk yg aku masak. adakah sayur kobis itu? yang pasti air soda incik therion memang sedap.

Nasi bukhari

Nasi bukhari

bersama incik therion yang ensem

bersama incik therion yang ensem

Menu untuk hari tersebut

Menu untuk hari tersebut

tuan rumah merangkap tuan empunya nasik bukhari

tuan rumah merangkap tuan empunya nasik bukhari

semua bersemangat hari tu. menunjukkan kebolehan memasak masing2. satu kepuasan dapat memasak bersama2 dan hasilnya yang sungguh lazat skali. bila dikenang gambar ni, semua ketawa. termasuk aku. ada beberapa kisah lagi bakal terungkap. tunggu episod yang akan datang…

 

TV Series Kegemaran September 12, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 1:27 am

Kali ni aku listkan senarai siri tv kegemaran beserta URLnya. supaya next time aku tak yah susah2 nak p tv.com lagi untuk dapatkan jadual siaran dan sebagainya. So aku mulakan tanpa turutan. ikut suka suki aku mana nak letak dulu.

  1. The Unit
    Dah lama tak bersambung citer ni. memang antara cerita paling favorite. Ni listing episod dia. So season 4 akan bermula pada 28/9 nanti. List of Episode.
  2. CSI (Last Vegas)
    Ni antara citer terawal yg aku suka. Season 9 dah bermula 10/9 yang lalu. List of Episode.
  3. House
    Ini rasanya cerita yang aku start suka dan menjadi tokan download masa kat kuantan dulu. ramai jugak peminat citer ni sebenarnya. Episod untuk season 5 bermula pada 16/9. List of Episode.
  4. Prison Break
    Cerita ni mmg aku tak pernah miss untuk tengok. setiap episod ada cerita tersendiri dan menarik. episod pertama utk season 4 sudah bermula dan currently kat episod ke 3. List of Episode.
  5. Heroes
    Ni cerita yg berasal dari komik. best dengan watak2 yg pelbagai. season 3 akan bermula pada 22/9. List of Episode.
  6. Chuck
    Tak sangka plak citer ni best jugak. memula tu download just saja nak tengok jalan citer. tp sbb mayb awek yg berlakon comei kot+jalan citer yg agak geeky. hehehe season 2 akan bermula pada 29/9. List of Episode.
  7. Knight Rider
    Aku dh tengok pilot episod dia. mmg best. sangat dinantikan citer ni. dgn kereta dan driver yang baru. episod pertama bermula 24/9. List of Episode.

Itu saja la kot buat masa ni. kalau ada tambahan kemudian, aku tambah. adiooosss.

 

Mari Berkebun part III September 8, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 5:28 am
Tags: , , ,

Dua minggu lepas aku telah bersama2 dgn incik shah pergi ke kebun untuk memetik rambutan dan jugak kelapa. sesambil tu tangkap gamba kat dalam kebun dan tengok kawasan yg sesuai utk menanam cendawan(projek ni aku onhold dulu). dia ni sembang kemaih bleh gantung 2 bijik kelapa kat anu dia. aku cakap try la gantung tengok aku nak amik gambo jadikan bukti. dia kata takut plak. so kalau sapa nak tengok dia buat yang tu, bleh la berhubung dgn dia(hampa p komen ja kat blog dia tu)

nak melawan raksaksa kerengga.

nak melawan raksaksa kerengga.

Disebabkan dia ni pendek, so dia kena pakai tangga untuk petik rambutan ni. kesiankan kat dia. tp dia siap berangan bleh berlawan dengan raksaksa kerengga yang ada kat pokok rambutan tu. padahal kena gigit sket je dah beradoi.

panjat jgn tak panjat

panjat jgn tak panjat

nak petik kelapa pun pokok tinggi jugak. try pakai galah, buah jatuh asyik pecah ja. dah la ada 4 bijik ja setandan tu. ada tinggal dua bijik je lg, amik keputusan nekad utk panjat la. pokok ni takde la tinggi sangat berbanding kisah beberapa tahun dulu. masa tu kat kebun cikgu zamri. pokok kelapa tu tinggi dan batang dia kecik ja. masa sampai kat puncak tu, rasa berayun mcm pokok nak tumbang ja. naik risau dah. pastu bila pulas buah tu, aku tak perasan plak jatuh ke bawah sekor biawak. diorang yg kat bawah yg cakap. geli tak ingat time tu. nasib baik aku tak perasan sangat time bila biawak tu jatuh.

Baru menggembur. tak sempurna lagi

Baru menggembur. tak sempurna lagi

dalam minggu tu jugak incik El bawak benih jagung yg aku kirim kat MAHA 2008 aritu. pada 31/08/2008 aku pun start tanam la 11 pokok. satu tu extra. balik baru ni tengok dah tumbuh tinggi dah. mengikut pamplet tu, pada umur 2 minggu dh bleh pindah ke batas tanaman. aku dah ada buat batas kat kebun, tp baru dalam proses gemburkan dulu. tak siap lagi. so budget minggu lagi satu baru nak pindah.

anak pokok jagung

anak pokok jagung

tapi sebab macam dah tak sabar sangat, buat jugak batas kat rumah(sampai pecah paip aku kerjakan hahahah). saja ja try dulu tengok. samada pokok ni bleh survive ka idak. pastu ada tanam balik lagi beberapa benih. dalam lapan camtu rasanya. dalam 55 minggu hari lagi, bleh la menuai hasil(kalau pokok ni hidup la.).

anak pokok jagung

tak sabar tunggu berbuah

tak sabar tunggu berbuah

pokok pisang tanduk ada dalam 10 anak pokok lagi. nanti bleh pindah ke kebun. dalam pada tu duk mencari anak pokok jenis rastali dan lelain baka. ada satu lagi duk bermain dalam pala otak aku, nak try buat tut kat pokok rambutan tu. maybe next 2 weeks bleh buat.

next coming update ialah pasal pisang plak. tungguuuuuu..

Update: dapat perkabaran pokok ni layu dah semalam. aduss. apa yg tak kena? maybe:
1-peralihan tempat baru(perubahan komposisi tanah etc)
2-cahaya matahari yang terlalu direct(sbb sebelum ni duk tempat teduh sket)
3-ada kecederaan akar semasa prose pemindahan