.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Mari Berkebun part III September 8, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 5:28 am
Tags: , , ,

Dua minggu lepas aku telah bersama2 dgn incik shah pergi ke kebun untuk memetik rambutan dan jugak kelapa. sesambil tu tangkap gamba kat dalam kebun dan tengok kawasan yg sesuai utk menanam cendawan(projek ni aku onhold dulu). dia ni sembang kemaih bleh gantung 2 bijik kelapa kat anu dia. aku cakap try la gantung tengok aku nak amik gambo jadikan bukti. dia kata takut plak. so kalau sapa nak tengok dia buat yang tu, bleh la berhubung dgn dia(hampa p komen ja kat blog dia tu)

nak melawan raksaksa kerengga.

nak melawan raksaksa kerengga.

Disebabkan dia ni pendek, so dia kena pakai tangga untuk petik rambutan ni. kesiankan kat dia. tp dia siap berangan bleh berlawan dengan raksaksa kerengga yang ada kat pokok rambutan tu. padahal kena gigit sket je dah beradoi.

panjat jgn tak panjat

panjat jgn tak panjat

nak petik kelapa pun pokok tinggi jugak. try pakai galah, buah jatuh asyik pecah ja. dah la ada 4 bijik ja setandan tu. ada tinggal dua bijik je lg, amik keputusan nekad utk panjat la. pokok ni takde la tinggi sangat berbanding kisah beberapa tahun dulu. masa tu kat kebun cikgu zamri. pokok kelapa tu tinggi dan batang dia kecik ja. masa sampai kat puncak tu, rasa berayun mcm pokok nak tumbang ja. naik risau dah. pastu bila pulas buah tu, aku tak perasan plak jatuh ke bawah sekor biawak. diorang yg kat bawah yg cakap. geli tak ingat time tu. nasib baik aku tak perasan sangat time bila biawak tu jatuh.

Baru menggembur. tak sempurna lagi

Baru menggembur. tak sempurna lagi

dalam minggu tu jugak incik El bawak benih jagung yg aku kirim kat MAHA 2008 aritu. pada 31/08/2008 aku pun start tanam la 11 pokok. satu tu extra. balik baru ni tengok dah tumbuh tinggi dah. mengikut pamplet tu, pada umur 2 minggu dh bleh pindah ke batas tanaman. aku dah ada buat batas kat kebun, tp baru dalam proses gemburkan dulu. tak siap lagi. so budget minggu lagi satu baru nak pindah.

anak pokok jagung

anak pokok jagung

tapi sebab macam dah tak sabar sangat, buat jugak batas kat rumah(sampai pecah paip aku kerjakan hahahah). saja ja try dulu tengok. samada pokok ni bleh survive ka idak. pastu ada tanam balik lagi beberapa benih. dalam lapan camtu rasanya. dalam 55 minggu hari lagi, bleh la menuai hasil(kalau pokok ni hidup la.).

anak pokok jagung

tak sabar tunggu berbuah

tak sabar tunggu berbuah

pokok pisang tanduk ada dalam 10 anak pokok lagi. nanti bleh pindah ke kebun. dalam pada tu duk mencari anak pokok jenis rastali dan lelain baka. ada satu lagi duk bermain dalam pala otak aku, nak try buat tut kat pokok rambutan tu. maybe next 2 weeks bleh buat.

next coming update ialah pasal pisang plak. tungguuuuuu..

Update: dapat perkabaran pokok ni layu dah semalam. aduss. apa yg tak kena? maybe:
1-peralihan tempat baru(perubahan komposisi tanah etc)
2-cahaya matahari yang terlalu direct(sbb sebelum ni duk tempat teduh sket)
3-ada kecederaan akar semasa prose pemindahan

 

One Response to “Mari Berkebun part III”

  1. ariegaban Says:

    wei..sejak bila tukar bidang nie..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s