.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Dunia Baru August 24, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 2:12 am

kedengaran macam tajuk drama ntahpape kat tv3 tu, tp tu la hakikatnya hidup aku. dah bertukar status kepada seorang suami. begitu jugak bertambah tanggungjawab dan amanah yg perlu dipikul. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, bermula dari bertunang, akad nikah dan kenduri. yg tinggal kenduri belah lelaki pada 27hb ni. moga segalanya berjalan dengan sempurna. insyaAllah.

bersyukur sangat2, dalam segala proses sebelum ni, segalanya telah dipermudahkn. begitu juga hendaknya dalam melalui kehidupan sebagai suami isteri ni. sikap saling tolak ansur pada aku yg paling penting. bersyukur diketemukan dengan isteri dan jugak famili dia yg sangat sporting dan memahami aku.

macam sesi luahan perasaan la plak..hehe tp tu la yg aku rasa skrg. bangun pagi tak yah nak pk pasal seterika baju dll, semua telah disediakn oleh seseorang yg bernama isteri. Terima kasih buat awak(my wife).

Advertisements
 

First day keje lepas balik Sabah August 7, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 3:29 am

datang je opis ari ni, rasa mcm masuk alam baru plak. ada ramai org baru, pastu rasa mcm diorang ni dh advance dari aku. rasa ketinggalan plak sepanjang dua minggu p sabah tu. diorang dh belajar solaris10, oracle, aku? huhuh plak tu diorang semua masuk meeting, aku? tatau nak wat apa..nak wat keje serba tak kena. huhuhu

apsal tah jd camni, huhuhu semua org bz utk upgrade v3, aku dikecualikan sket ats sebab tertentu..heheh so tengok la lepas ni aku nak wat apa. muahahhaa baru perasan ada coffee maker baru kat opis ni. nescafe tu..aku dh try wat cappucino..kelat sket walaupun dh letak 2 paket kecil gula. ingatkn sedap td.

 

24jam d kuantan

Filed under: Personal — asriey @ 3:26 am

belum pun sempat berhenti penat dari sabah, aku nak g kuantan plak, kali ni misi aku nak bg kad byhand kat member2 kat sana. rasa mcm tak best plak pos. suruh cik khairul bariah beli tiket bas bulan restu kat pekeliling, pastu kul 12 hari sabtu tu, bertolak ke kuantan. lebih kurang kul 1530 sampai di kuantan. incik zamri offer nak amik aku kat terminal (thanks a lot bro.). sementara tunggua dia sampai, pekena bihun sup dulu sambil memerhatikan anak2 muda berkepit menuju ke JomHeboh. dalam hati aku, apa la nak jd ngan bebudak ni nanti..isk isk isk.. dalam pada dunia islam kena serang ngan senjata, bumi malaysia diserang secara halus melalui hiburan yg melampau. ok stop citer pasal tu, zamri anto aku sampai umah sewa lama, skali silap bawak kunci rumah plak..adus..nasib baik ada wafi. penyelamat dunia la wafi ari tu. tumpang la bilik dia. malam tu g umah mr azril, mr amin n mr zam. sembang lama kat umah mr amin, pastu kuar minum plak kat zuzana ngan mr azril n mr zam. lepas selesai, terus balik rumah.

esoknya zam mai amik aku g umah dia plak. sebab tiket utk balik KL dia yg beli, so g lepak umah dia la. sebelum tu g sarapan kat beserah..nasik lemak sedap woo. tido kejap kat umah dia, kul 1130 dia anto g terminal. tak sempat nak bermanja ngan anak dia tu. huhuhu banyak gak tak sempat nak bg byhand. tp nak wat camne. harapnya diorang memahami kesibukan aku nih. huhuh kepada korang yg lain, nanti aku emailkn je..hehe.

 

Outstation to Lahad Datu

Filed under: Personal — asriey @ 3:26 am

Dpt info yg aku nak kena g outstation kat lahad datu(LD), hospital lahad datu to be exact. kali ni wat Planned Preventive Maintenance(PPM). ada dalam 200++ pc, estimated siap dalam dua minggu. pagi tu aku bangun kul 0500, siap2, kul 0600 suhaimi kastam tulun anto g KLIA, tunggu member2 yg lain. flight kul 0800. lepak2 dulu kat sana, edi sampai diikuti suhaimi n liza. terus check-in. naik flight ke KK, pastu dari KK ke Tawau. sampai tawau amik keta sewa ke LD. aku dah letih dah..kejap tido kejap jaga. jarak dari tawau ke LD dalm 150KM. sampai LD dh malam. kat sini cuaca cepat sejam dari KL. stay kat grace hotel.

PPM minggu 1
hari pertama berjalan lancar, mengikut perancangan. dan begitu la hari2 seterusnya. adakalanya melebihi dari jangkaan. semua misi2 peramah. doktor pun ok. layan baikkk punya. merata pergi, banyaknya kat wad la. makanan kat sini so so la. nak kata sedap, tak la sedap sangat. bleh tahan la. asalkn dapat mengenyangkan tu dah kira syukur la. cuma yg tak berapa best, tak bleh nak online, nak chat ngan member2. kalu ada masa terluang tu, gunakan sepenuhnya. hehe

hari minggu.
hari sabtu g jengjalan ke air terjun madai. masa datang tu tak perasan pun ada air terjun ni. signboard tepi jalan pun tak nampak. nasib baik staff kat sini tunjuk jalan nak ke sana. bleh la tahan air terjunnya. cuma air je la agak kureng sket. asalkn bleh mandi kira orait la tu. lepas dah letih main air, sambung perjalanan ke semporna plak. semporna ni gateway nak ke pulau sipadan(ditutup sementara), mabul dll. tp sayangnya nak kena tempah awal, pastu kos tinggi jugak la. so lepak2 kat floating je la. floating ni ada hotel n restoran, ikan+ketam segar tu, mcm best jer.

hari ahad g tawau. shopping cenderamata sket, duit pun tak banyak, so beli agak2 padan ngan duit je la. pastu g jengjalan la sekitar pasar gantung tu. pastu g pasar tawau, makan sanggar peppek. apo tu? hehe sejenis makanan dari pisang bah. bleh tahan la rasanya. kena cicah ngan sambal belacan. lepas dah penat tu, balik la ke LD balik.

PPM minggu 2
rasa semangat nak wat keje n nak balik semenanjung. duk teringat masakan semenanjung je ni. huhuhu. rasanya by hari rabu dah bleh siap semua. tp apakan daya, tiket dah confirm ari jumaat. so tak leh la nak balik awal. keje berjalan dgn lancar dan dapat kerjasama yg begitu baik dari staff yg terlibat.

kejanggalan.
-kalu beli paper pagi ari ni, sebenarnya tu paper semalam. sbb paper lambat sampai kat sini.
-udang besar murah gler
-KFC kat sini rasanya agak tak besh.
-waktu solat masuk sejam awal dari semenanjung.