.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Handover November 28, 2006

Filed under: Solaris/Unix — asriey @ 4:32 am

Apa perlu buat semasa handover server ke site? kali ni aku cuba mengingatkan diri sendirik dan jugak mereka yang membaca blog ni tentang apa perlu dibuat semasa handover server ke site. Dalam contoh ni server telah di”prep” untuk tujuan training. jenis server adalah sun V480. semasa proses prep, server ini telah dikonfigurasi dengan menggunakan maklumat sementara. yang akan disentuh dalam topik ini ialah konfigurasi IP.

andaikan kita menggunakan console cable untuk connectivity ke server. pertama skali ialah run ifconfig -a untuk check IP sementara yang telah digunakan. hasilnya mungkin seperti ini.
ifconfig -a
lo0: flags=1000849 mtu 8232 index 1
inet 127.0.0.1 netmask ff000000
eri0: flags=1000843 mtu 1500 index 2
inet 192.xxx.xxx.6 netmask ffff0000 broadcast 192.xxx.xxx.255
ether 0:3:ba:35:85:c

seterusnya dengan menggunakan VI command, edit file /etc/hosts.
#
# Internet host table
#
127.0.0.1 localhost loghost coe01
192.xxx.xxx.6 coe01 eri0

tukar la IP supaya sama dengan site. seterusnya /etc/netmasks jadikan last sebagai .0.
#
# The netmasks file associates Internet Protocol (IP) address
# masks with IP network numbers.
#
# network-number netmask
#
# The term network-number refers to a number obtained from the Internet Network
# Information Center.
#
# Both the network-number and the netmasks are specified in
# "decimal dot" notation, e.g:
#
# 128.32.0.0 255.255.255.0
#
192.xxx.xxx.0 255.255.0.0

seterusnya /etc/defaulrouter tukar router kepada router site.
xxx.xxx.xxx.xxx
kemudian gunakan command ifconfig -a lagi skali untuk memastikan konfigurasi telah bertukar. untuk lebih confirm, cuba restart.

Jika IP tidak bertukar even selepas restart, pastikan dalam /etc/rc3.d/S99local tiada sebarang skrip. kemudian check pula netstat -rn untuk melihat configurasi route network. jika perlu delete, gunakan command route delete default xxx.xxx.xxx.xxx

ada satu cara lain untuk tukar IP ni. kena pastikan dulu port mana yang telah dicucuk dengan kabel network. caranya cuba cabut dan pasang balik kabel tu. nanti akan appear port mana. dalam contoh ini andaikan portnya adalah ce0. gunakan command ini.
ifconfig ce0 xxx.xxx.xxx.xxx netmask 255.255.255.0 broadcast + up
kemendian route add xxx.xxx.xxx.xxx

terpulang pada mana2 yang senang. setiap orang ada takrifan tersendirik untuk istilah SENANG. chiowwww.

Advertisements
 

Coobaann November 25, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 5:49 pm

Hari ni mungkin antara hari yang agak malang untuk aku. semasa drive dari melaka nak balik serdang, semasa mengekori sebuah lori, sebijik batu kecil telah mengenai cermin kereta. aku perhatikan batu kecil tu tak mendatangkn sebarang mudarat. tetapi tidak lama kemudian kira 7KM dari exit senawang, POMM! bunyi meletup dan tiba2 cermin hadapan kereta pecah aka retak ribu. terkejut aku waktu tu. dah la kat depan tu jem teruk gler. berhenti kat tepi jap, pecahkan terus cermin tu supaya aku nampak jalan.

sepanjang perjalanan yang jem tu, semua kereta tengok ja kat aku. aku senyum sebagai tanda sedekah. mana tak tengok, cuba tengok gambar ni.

mujur tak hujan, keluar exit senawang, lepas tu terus pergi cari kedai baiki cermin kat area Rahang, RM410 kena. double layer. nasib badan…

 

Error remote and FTP

Filed under: Solaris/Unix — asriey @ 5:43 pm

sebelum boleh membuat connection, mari kita lihat terlebih dahulu connection ke server. dalam contoh ni menggunakan console dan juga network. untuk sun v480, mcm gambar ni la lebih kurang.

Kalau dah siap tu biasanya nak remote la kan. biasanya remote utk dapat gui guna XManager. Tetiba dapat error “not on system console login root rejected”.Error ni jadi sebab root hanya boleh masuk melalui console, so camne nak selesaikan masalah ni? dengan command vi /etc/default/login kemudian comment pada¬† CONSOLE=/dev/console dan selepas itu dah bleh login via XManager.

bila nak ftp, tetiba user root plak tak boleh nak login utk ftp. camne nak buat ni. dengan command vi /etc/ftpd/ftpusers, comment user root. apa yg terjadi sebelum ni adalah user root termasuk dalam disable user. so lepas comment tu, root dah tak termasuk dalam golongan tu lagi. selesai masalah.

 

Kisah Klasik untuk masa depan II

Filed under: Personal — asriey @ 4:54 pm

Hari Jumaat dapat arahan untuk prep dua server sun v480 untuk tujuan HIS training kat Hospital Serdang. Aku dan Zali memikul amanah untuk memastikan semuanya adalah seperti yg dikehendaki. sebelum solat jumaat aku dah berjaya reinstall Solaris 9 sementara zali menghadapi masalah untuk login as r00t. pelbagai cara dicari untuk crack r00t password tapi ternyata gagal.

lepas balik solat jumaat, tetiba kedengaran bunyi bising dari bilik server. itu adalah suara aku menjerit melepaskan tekanan. rupanya zali tersalah cucuk console cable ke port yang sepatutnya. itu je masalah sebenarnya. bukan masalah password r00t yang tak betul. salah cucuk port pun tak bleh login. emm..

selepas tu, satu lagi masalah melanda zali. tak dapat login terus ke server zali. kalau melalui server yang satu lagi, boleh la plak. tak pasti apa yang zali buat lepas tu, it work like normal. rasanya maybe ada network configuration yang tak betul.

pengajaran, sebelum nak cucuk cable, tak kira console cable atau network cable, please make sure you are using the right port. make sure also you configure the network properly (netmask, gateway, dns etc).

 

Active Directory dan HP NX6320 November 22, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 11:55 pm

Blog cikeasy semalam memaparkan sebuah kisah dongeng untuk masa depan. pelbagai karenah peserta pertandingan aku perhatikan. ada yang ketawa antara paham dan tidak, ada yang paham tapi buat2 tak paham, dan pelbagai lagi karenah normal manusia bergelar antara 10 system engineer terbaik malaysia. berikut adalah snapshot yang menggambarkan situasi semalam.

memikirkan jawapan kepada kenapa IP address untuk dhcp hanya 8 jam sahaja.

mengkonfigurasikan “hutan” supaya jumlah oksigen di Malaysia tidak berkurangan dan boleh dikongsi oleh rakyat dari Kepala Batas hingga ke Lahad Datu.

peserta lain yang begitu tekun menjalankan kerja secara remote untuk mengkonfigurasikan sebuah kisah terhebat diorang dengan berjaya mencari senarai nama server yang terdapat dalam WINS.

akhirnya hadiah itu milikku jua. presiden geng jernel dengan muka melobi memberikan sebuah aspirasi untuk masa depan.

 

Antara Pilih Kasih dan Berdikari November 20, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 4:17 pm

Aku pun tak paham. ada orang cakap, ada orang lain pilih kasih kat aku. aku pun pelik. aku rasa selama ni aku berdikari. aku tak pandai. aku tanya orang+tanya uncle google sampai dapat jawapan kepada soklan aku tak paham. tapi diorang siap dilonggokkan dan dibagi special attention. tp sama gak. bila tanya, was2 nak jawab. ayat biasa dengar “ari tu kan aku dah jawab…”

orang yang cakap tu nampak macam pandai, tapi …. . aku tak kesah. as long as aku tau apa yang aku buat, lantak korang la apa korang nak kata. tapi kekadang kesah la jugak… selalunya aku tak kesah.

 

Masalah Exchange HATL

Filed under: Personal — asriey @ 4:09 pm

Masalah melanda lagi. Kali ni aku ditugaskan untuk pergi menyelesaikan masalah email di Hospital Angkatan Tentera Lumut. Disamping tu kena standby untuk IT CPC kat hospital tu. sebelum pergi belum dapat gambaran sebenar masalah. zul cakap ada masalah email. so tadak orang lain untuk pergi since sorang mamat lagi tu kunun2 ada kerja nak buat.

kali ni kena naik kereta sendiri. sebab? ada la alasannya. aku hanya menurut perintah. segala arahan aku terima dan laksana. sampai HATL, terus ke unit IT. check Exchange System Manager, pastu check AD Users. masalah yang nampak jelas kat situ, newly created user tak dapat email address. by default, semua tu dah ada dalam Exchange Default Recipient Policy.

langkah yang biasa buat, restart service dulu la. kali ni, restart service System Attendant. pastu nampak plak service MTA Stack tak jalan, aikk apsal tak jalan plak, since diorang guna X400 connector, this service should be up and running. lepas tu, semuanya ok dan berjalan lancar. mesti korang cakap, “itu je? senangnya”. hahahaha memang senang pun, tapi kalau taktau masalah sebenar, camne? ada brani ke HATL seorang diri??