.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Kembali Bergambar June 13, 2009

Filed under: Personal — asriey @ 6:32 am
Tags: , , ,

Jangan salah paham dengan tajuk kat atas tu. pokcik nak maksudkan kembali menggunakan kamera yang telah sekian lama bersemadi dalam DIY drybox tu. Dah lama sangat rasanya tidak pergi menangkap gambar ni. tangkap ikan pun rasanya dah lama jugak tak pegi.

seperti biasa, membuat kerja-kerja amal. bermaksud tanpa sebarang bayaran dikenakan. pokcik tak kesah apa orang nak kata, pokcik ikhlas nak tolong kawan-kawan. walaupun gambar tak secantik pro, tapi sekurang-kurangnya diorang gembira bila tengok gambar tu, dan tak malu nak framekan.

projek pertama adalah ke Kuantan. Majlis pertunangan seorang sahabat yang agak kurang ensem berbanding pokcik. tunangannya pun orang kuantan jugak. tapi dengar ceritanya lepas majlis nanti akan berhijrah ke KL. cerita pertemuan diorang belum lagi dapat dikorek buat masa ini. mungkin cerita tersebut akan disiarkan dalam posting selepas majlis diorang nanti.

seperti biasa, untuk ke Kuantan, pokcik amik bas kat stesen bas pekeliling. menaiki bas kegemaran iaitu bulan restu. tiket bas tuan majlis yang belikan. perjalanan hari tu dekat empat jam setengah juga sebab ada kemalangan berhampiran simpang masuk ke sungai pandan.

Banyak cerita menarik yang telah disampaikan oleh bonda tuan majlis ni. tapi biarlah segala cerita tersebut tersimpan dulu buat sementara waktu. hehe

Majlis pertunangan yang berlangsung pada 31/5/2009 di Kuantan

Majlis pertunangan yang berlangsung pada 31/5/2009 di Kuantan

Majlis pertunangan tersebut berjalan dengan lancar sekali dalam suasana yang ceria dan sekali sekala tuan rumah agak sebak dalam ucapan beliau. belanja dan tarikh untuk majlis telah ditentukan. sama-sama la kita tunggu untuk makan nasi minyaknya nanti.

Perkahwinan Shukri
Shukri adalah sepupu. Anak kepada Mak Lang. Majlis pihak perempuan telah berlangsung pada 31/5/2009 di Kedah. Majlis pihak lelaki pula diadakan di Kahang, Johor.

Shukri dan pasangan

Shukri dan pasangan

persiapan majlis berlangsung secara gotong rotong. jiran tetangga datang membantu menyediakan bahan-bahan untuk masakan dan juga persiapan khemah kenduri.

pada hari kenduri, majlis diserikan lagi dengan persembahan silat dan juga gendang silat dari Kumpulan Silat Garuda dari Endau. sempat juga membuat outdoor shooting di dalam ladang kelapa sawit.

Advertisements