.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Video Sepak Raga Tuju May 15, 2009

Ni ada satu video yang pokcik nak kongsikan. baru lagi ni. masih panas. perhatikan bagaimana permainan ini dimainkan.

kepada yang tau main dan berminat untuk join main, jemput datang ke Presint 9, Putrajaya.

 

Kenapa Sepak Raga/Sepak Takraw May 8, 2009

Filed under: Personal — asriey @ 2:39 am
Tags: , ,

Ada orang pernah bertanya kat pakcik, kenapa main sepak raga/takraw je. permainan lain tak reti main ke? sebenarnya bukan tak reti main permainan lain, tapi sejak dari kecil lagi dah bermain permainan ni. dah terlalu banyak masa dikorbankn untuk belajar main sukan ni.

bermula seawal tingkatan satu dah mula berjinak-jinak. belajar timbang bola, then main dengan orang-orang yang lagi dewasa. banyak kenangan pahit yang telah dilalui sepanjang tempoh tersebut. kena maki, kena halau, kena bola sampai berdarah betis.

namun semua tu terus memberikan semangat untuk terus belajar dan belajar untuk menguasai permainan tradisi ini. kalau dilihat secara kasar, nampak permainan ini seolahnya senang. sebenarnya ada rahsia dan teknik tertentu yang hanya dapat diperolehi jika banyak melihat orang lain main ditempat yang berbeza.

dalam kiraannya sudah hampir 15 tahun bermain sepak raga/takraw. terasa seronok bila dapat berjumpa dan bermain dengan orang lain yang mempunyai minat dan kepandaian yang sama tapi tersendiri.

Tak kisah sebenarnya sukan apa pun yang anda suka/gemari. itu terpulang pada kepandaian masing-masing. yang penting kita bersukan.

kepada mana-mana geng sepak raga yang ada dikawasan KL/Selangor ini, sila tinggalkan komen beserta nombor untuk dihubungi. mungkin pada satu masa nanti, kita boleh buat “kenduri” seperti yang selalu diadakan di kawasan Utara.

 

Sepak Raga Tuju/Ratus/Bulat part II May 21, 2008

Ni nak sambung part II dah. berikutan ramai yang bertanya itu dan ini berkenaan permainan ni. so ini akan dibuat sebagai rumusan. semua yang ditulis ini HANYA berdasarkan pengalaman sendirik. aku tak pernah jumpa jurnal atau sewaktu dengannya tentang permainan ini.

Sepak Raga Bulat

  1. Dimainkan dalam bulatan
  2. memakai pakaian, kasut dan stokin yg sesuai.
  3. bola takraw
  4. boleh timbang ikut suka sampai pengsan. tak dak rules yang spesifik.
  5. tak kesah bape ramai nak main.

Sepak Raga Ratus

  1. boleh secara perseorangan atau berkumpulan.
  2. jumlah kiraan adalah dari 3x jatuhan bola. ini depends pada peraturan pertandingan.
  3. boleh timbang seberapa banyak yang mampu. lg banyak, lagi bagus. tapi, kalau secara berkumpulan, satu orang hanya boleh timbang 3x sahaja.
  4. pakaian yang sesuai.

Sepak Raga Tuju

  1. paling kurang kena ada 2 orang. paling maksimum biasanya 9.
  2. hanya 3x timbang, dan pada timbangan kali ke 3, bola dihantar secara tikaman kepada org dihadapan sahaja. tepi tak boleh. dan bola hanya maksimum tinggi pada paras lutut.
  3. dimainkn dalam bulatan.
  4. make sure pakai pakaian n kasut+stokin.
  5. ada bola khas berwarna hijau kuning yang dikeluarkan untuk permainan ini. pada kotak tertulis, bola sepak raga tuju.

Ini saja yang sempat ingat buat masa ni. kalau ada yang tak jelas, bleh tanya dalam ruangan komen. nanti sy hupdate. chows!


 

Sepak Raga Bulat / Tuju / Ratus December 30, 2007

Filed under: Personal — asriey @ 12:20 pm
Tags: , , , , , , ,

Ada mencarik keyword “sepak raga” di google. Tapi tidak ketemu info yang dicari. so kat sini aku create satu post berkenaan permainan ni.

Intro
Permainan sepak raga tuju popular di negeri sebelah utara semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perak. Manakala sepak raga bulat/ratus adalah warisan dari kesultanan melaka mungkin, berdasarkan kisah Hang Tuah bersama rakannya yang bermain di tepi pantai pada ketika itu. Pemain sekurang-kurangnya 2 orang dan maksima bagi sesuatu bulatan ialah 8.

Sepak Raga Bulat/Ratus
Ianya bergantung pada jenis permainan itu sendirik. permainan sepak raga bulat dan ratus mungkin mempunyai persamaan. ini kerana ianya akan dikira berdasarkan berapa banyak jumlah sepakan/timbangan yang dibuat oleh pemain.

Pemain juga boleh menimbang seberapa banyak yang boleh tanpa mempunyai had yang tertentu. dalam permainan ini, pemain hanya mungkin menggunakan sepakan sila untuk menimbang bola. bola pula akan ditimbang tinggi2, sebelum dihantar kepada pemain lain.

Sepak Raga Tuju
Permainan ini mempunyai persamaan dengan yang di atas. bezanya, bola akan dihantar kepada pihak lawan dengan cara tuju/tikam kepada pemain di hadapan. pemain di hadapan pula akan cuba mengangkat bola tersebut dan begitulah seterusnya sehingga bola jatuh.

Permainan dengan tujuh orang pemain. pict by cikeasy


Permainan dengan lima orang pemain. pict by EL.

Pemain bukan sahaja perlu mahir menimbang bola dengan kaedah timbang sila, tetapi juga timbang kuda. Ini kerana dalam permainan ini memerlukan pemain untuk menggunakan kedua2 teknik tersebut. Kepala jarang sekali digunakan.

Timbang sila. Timbang kuda.

Setiap pemain boleh menimbang bola sebanyak tiga kali. bola perlu dihantar kepada pemain lain pada kiraan yang ketiga. Syarat lain ialah, bola perlu sampai kepada pemain lain, dibawah paras lutut. ini akan memudahkan pemain lain untuk mengangkat bola tersebut dan meneruskan permainan.

Contoh tuju/tikam kepada pemain lain.


Kaedah sepak tuju/tikam dari dekat.