.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Sepanjang Bulan Januari January 31, 2009

Filed under: Personal — asriey @ 2:47 pm

Hari ni dah genap sebulan berada di tahun 2009. ini juga adalah posting pertama untuk tahun ini. sungguh malas nampaknya pakcik nak menaip kat sini. kedatangan awal tahun kali ni membawa banyak kisah kedukaan dan kesedihan. terlalu ramai yang telah pergi meninggalkan. ada yang takkan kembali lagi.

yang paling terkesan pemergian toknek.  terasa macam baru sangat jumpa dengan dia dalam keadaan sihat. tiba-tiba dah dimasukkan ke hospital yan. perkara yang terakhir yang pakcik sempat buat ialah bawak dia pulang balik rumah. dia tak selesa berada di hospital. mintak nak balik rumah. beberapa minggu lepas balik dari hospital, dia pun pergi meninggalkan kami buat selamanya.

pemergian isteri meor pun begitu terkesan. rasa macam baru saja menghadiri kenduri perkahwinan diorang pada bulan november lepas. terbayang-bayang lagi kegembiraan yang terpancar di wajah diorang pada majlis tersebut. itulah namanya ketentuan.

ada lagi mereka yang lain yang pergi meninggalkan dunia ini. tapi itu tidaklah memberikan kesan seperti dua kes di atas. Al-Fatihah untuk mereka.

pakcik berjanji dengan diri pakcik, bermula bulan Februari, blog ini akan terisi dengan kandungan info-info yang lebih bermaklumat, terutamanya berkaitan dengan IT.

Ini sahaja untuk bulan Januari. Moga bulan-bulan mendatang membawakan khabar berita yang gembira untuk pakcik dan korang semua. Wallahua’lam

 

One Response to “Sepanjang Bulan Januari”

  1. kuehbangkit Says:

    pakcik, benar apa yg di tulis, pemergian arwah isteri meor memang amat amat terkesan sekali di hati ni. mengenangkan hajat meor nak berbulan madu di pulau perhentian dan cherating bersama isterinya mengajak kami berdua untuk turut serta tetapi tidak kesampaian begitu ngilu sekali rasanya.

    Apa pun pakcik, bila nak upload gambo paintball baru baru ni?tak kan pengisian IT saje utk tahun ini, mungkin boleh dipelbagaikan.

    sekian


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s