.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Muhasabah April 20, 2008

Filed under: Personal — asriey @ 1:46 pm

Dah lama tak posting dalam blog ni. Banyak peristiwa yang telah berlaku antara dua posting ni. Alhamdulillah, kehidupan ini masih lagi mampu untuk diteruskan. Sambil-sambil dalam train, sempat jugak berfikir tentang beberapa perkara yang berlaku sebelum dan selepas.

Dulu masa form 5, duk terpikir jugak, bila la agaknya dapat menjelajah satu Malaysia ni. Pada masa tu dah menjelajah beberapa negeri dah. especially masa time lawatan sambil belajar. Masuk universiti, join kelab kembara, dapat la menjejak kaki ke Sarawak. Time tu dapat merasa betapa susahnya nak mencarik duit untuk sponsor projek tu.

Sanggup pergi bilik setiap lecturer untuk mintak derma, ataupun kitorang basuh kereta diorang and in return dapat duit. rasanya diorang member kelab yang terlibat pun mesti ingat lagi. pastu kenangan masa nak mendaki gunung Mulu dan jugak pinacle tu. banyak menguji kesabaran dan kecekalan semua peserta.

zaman kerja plak dapat pergi ke Sabah. Cukup lah sudah semua negeri kat Malaysia dapat dijejaki. Masa kerja ni la dapat banyak pergi tempat-tempat menarik. banyak sangat!. makin jauh kita berjalan, banyak pengalaman yang dapat kita kutip. pengalaman suka dan duka, pahit dan manis. semuanya ada.

pengalaman jugak yang memberikan semangat dan panduan dalam membuat keputusan2 yang matang. bersyukur sangat2 atas segala jalan yang ditunjukkan olehNya selama ni. Moga2 inilah jalan yang lurus yang akan membawa ke sana nanti.

 

One Response to “Muhasabah”

  1. potpouri Says:

    bile nk bawak saye g m’jelajah 1 m’sia plak?tp kali ni bkn saye je…tp dgn bakal warga baru kite ni le😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s