.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Flashback January 21, 2007

Filed under: Personal — asriey @ 2:32 pm

Ketika ini mungkin rakyat malaysia rata-ratanya sedang leka menyaksikan Anugerah Juara Lagu. Aku hanya sempat lihat gitu2 je. kurang berminat sebenarnya. rasa macam terlalu banyak leka dengan hiburan. dengan datangnya tahun baru hijrah, harapnya ada kesedaran dalam diri aku untuk berubah. walaupun tidak banyak, tetapi perubahan mesti berlaku.
—————————————————————————
Outstation
Masalah yang berlaku kat satu site ni dah lama sangat dah. aku pun tak sure masalah yang sebenarnya. aku diarahkan untuk membantu menyelesaikan masalah kat sana tu. aku agak terkilan dengan jawapan yang agak kurang ajar oleh seseorang dari “site” sana tu. ye la, aku bertanya dengan bahasa yang baik. adalah tidak wajar untuk dia membalas dengan ayat sebegitu.

akhirnya sampai jugak arahan dari bos untuk aku ke sana. masalah yang sebenar adalah tak sama seperti yang aku expect. dari maklumat awal menggambarkan masalah lain. ini yang menjadi masalah kepada aku. nasib baik kat sana ada internet. dapat jugak la mendapatkan pandangan mereka yang pakar dengan bantuan pakcik Google.

kalau la korang dapat bayangkan perasaan korang bila orang yang tak korang kenali telah under estimate kebolehan korang. pulak tu menyamakan korang dengan orang lain yang dia pun hanya kenal camtu2 je. tapi pada ketika tu aku dah tak kisah. asalkan problem ni selesai, aku nak balik.  siap bleh cakap dia prefer somebody else untuk datang. kalau camtu kenapa tak bagitau siap2 dalam email.

bila mana problem dah setel, dia seolah2 tak puas hati. kononnya itu adalah temporary solution. nampak macam senang ja aku ngan member selesaikan masalah kat situ. siap esok paginya dia pergi test sendirik login kat satu pc and then bgtau kata solution tu tak menyelesaikan masalah. tapi yang peliknya bila staff yang sepatutnya login kat pc tu dapat login tanpa sebarang masalah.

dari situ aku dah agak yang dia memang tak puas hati. siap dia bersungguh-sungguh tunjuk sms dari PM yang menyuruh jangan bagi kitorang ni balik sampai selesai masalah kat sana. dalam hati aku, lantak la dia ni. malas dah nak layan. Ntah apa status pun tatau site kat sana tu hari ni. aku dh malas nak bertanya khabar.

jangan menjadi aku agak naik hangin bila dia emailkan kat bos aku untuk ambil tindakan sebab ada masukkan something tentang diri dia kot. aku pun tak sure apa masalah dia ni. datang baca personal blog aku, pastu nak komplen. ahaks. perangai macam budak kecik!

aku penah outstation ke site yang lain jugak, tapi tak plak aku berjumpa perangai yang macam “dia” ni. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ahh.. lantak la..

Mak aiii panjangnya aku membebel.
—————————————————————————————-

Zoom In bersama Raihan
Semalam  ada tengok  sekejap kat tv2 rancangan  tu. dalam tu diperkenalkan vokalis raihan yang baru. zulfadli ka nama dia. tak ingat dah. aku sangkakan dan bayangkan konsert yang dipenuhi percussionist yang hebat seperti hassan thornton tak pun hamzah, pastu mohram ka. tapi malangnya, ntah sapa2 ntah. aku memang tak kenai.

set pun hambar. stendet RTM la. kata berpuluh juta untuk naikkan jenama rtm ni. tapi tengok sama ja. HAMBAR. itu ja ayat sesuai melalui pandangan mata aku.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s