Alhamdulillah, dapat bersambung lagi berkongsi sesuatu dengan anda semua. Kalau belum baca disclaimer, sila baca dulu, ada kat sini.
Kali ni nak share tentang remote desktop tools. Harapnya korang tau la remote desktop tu mende. perkataan tu dah menggambarkan maksudnya. paling berguna kalau kita malas nak pergi mengadap server lagi pulak kalau bilik server tu jauh yang amat.
dalam OS winXP dan ke atas, perisian ini telah didatangkan secara bersama. Untuk guna just pergi ke Start->All Program->Accessories->Communication->Remote Desktop Connection. Interfacenya lebih kurang macam kat bawah ni la. tapi yang ni dah lain sebab aku guna visual style.
Kekurangannya ialah hanya bleh connect/masukkan satu pc/server pada satu masa, kalau nak remote server/pc lain, kena bukak lagi satu connection la.
Tools yang kedua ialah remote desktop yang datang skali dengan windows 2003 server admin pack. Boleh download kat website microsoft for free. Interface dia lebih kurang macam kat bawah ni. kelebihan dia ialah kita bleh masukkan seberapa banyak connection yang kita perlukan. so hanya perlukan satu tools sahaja untuk remote ke banyak server.
Kelemahan yang ni ialah kita tak boleh nak sort ikut kehendak kita, let say nak sort by name etc. pastu untuk setiap server kita kena configure differently username, password dan domain server tu.
Penyelesaian kepada kelemahan tu ialah VisionApp Remote Desktop. Software ni adalah free in term of use. Boleh download kat website ni VisionApp.
Kelebihan ialah tabbed browsing dan jugak boleh set credential. maksudnya kita hanya set skali saja untuk username, password dan domain. yang lelaian nanti akan inherit.