.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Domain Missing January 16, 2007

Filed under: Windows — asriey @ 3:30 am

Dari 8-10 Jan yang lepas, aku telah dihantar untuk menyelesaikan masalah active directory(as always). Problem yang dibgtau adalah berkenaan domain missing(ni ntahpape punya laporan).

dah sampai sana, baru la tau, problem sebenar bukannya domain missing(hampehsnyer site engineer), tp yang ni ->The system cannot log you on to this domain because the system’s machine account in its primary domain is missing or the password on that account is incorrect.” user dapat error ni bila login kat certain2 pc. pastu di dapati Domain controller tak replicate each other. tak tau la sejak berapa lama dah.

camne kita nak check DC ni replicate ke tak? dalam CD win2k server, ada support tools, install la yang tu, dalam tu ada AD Replication Monitor, run yang tu, pastu add monitor server.

rupanya, DC02 carik server kat hq untuk replicate, lepas tak jupe, terus dia tak replicate. patut la. pastu bila force replicate ngan DC01, dapat error ni :

memandangkan site ni dah memang tak replicate ke HQ, so delete je replication server HQ tu dalam Active Directory Site and Services->Sites->Default-First-Site-Name->KNGDCxx->NTDS. Lepas tu, kat dalam REPLMON, terus dia replicate ke DC01, nampaknya solution tadi telah selesaikan satu masalah.

malasahnya seterusnya, yang merah kat atas tu, satu kaedah ialah delete fail security kat dalam winnt nyer folder, dan satu kaedah yang lagi senang tapi take time sket ialah disjoin and join balik domain. selepas disjoin, delete computer name dalam AD User & Computer->Computer. dan penyelesaian ni menyelesaikan masalah buat masa ini.

p/s: tujuan aku letak kat sini, jugak sebagai documentation untuk diri aku, sambil share ngan sesapa yang nak belajar. kekadang kita lupa, so kat sini bleh refer. site microsoft

Wassalam.

 

2 Responses to “Domain Missing”

  1. Ahlifikir Says:

    Assalamualaikum,

    Aku respect orang yg mahu berkongsi ilmu. Tetapi aku kesian orang yang suka merendahkan orang lain dengan bersikap ‘ujub dan takabbur. Orang ini seperti lalang, semakin tinggi, semakin bongkak. Aku mengingatkan diri sendiri dan juga kepada semua agar menjauhi sifat bongkak, takabbur, riak, kedekut, bangga diri dan lain2 sifat yang negatif. Walau sehebat mana pun kita, ilmu yang kita ada hanya secebis atau sekelumit sahaja. Tapi ramai manusia yang angkuh dengan ilmu yang tak seberapa itu.. mereka mula lupa setelah berjaya.

    Perkara lain yang perlu kita ketahui, jika dahulu kita zero, tetapi kini kita lebih maju daripada orang lain, semuanya adalah kehendak Allah dan juga bergantung kepada keadaan seseorang. Jika anda berjaya, syukur, jika orang lain berjaya, juga syukur. Bukannya menuding orang lain tidak bagus, tidak hebat, tidak banyak memberi sumbangan dan sebagainya.

    Jangan apabila kita sudah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dalam kerja, maka kita mula mendabik dada dan merasakan lebih bagus dari orang lain. Aku telah melihat, ada yang pantas mengikut informasi pakcik google dan berjaya, dan dengan kejayaan tak disangka itu, mereka mula menyindir orang lain, ‘riak dalam tak sedar’ dan memperlekehkan orang lain. Hmm, mungkin mereka tidak sedar atau terkeliru atau masih di peringkat awal kejayaan.. Wallahu ‘alam. Semoga mereka sedar kelak.

    Keharmonian bekerja di dalam office sering terganggu dengan orang seperti ini. Sepatutnya memberi nasihat, mengajar dan kalau boleh menjadi mentor adalah yang sebaiknya dilakukan jika anda melihat rakan sekerja anda memerlukannya. Merendahkan orang setelah kita berjaya adalah sifat yang keji. Walau sebanyak manapun kita cuba berdakwah dalam saluran informasi seperti blog dan sebagainya.. tetapi tergolong dalam orang yang keji tetap tidak membawa apa-apa makna dan pahala.. dan martabat nya adalah lebih rendah dari orang yang cuba diaibkannya.

    Sedarlah wahai teman… anda tidak sehebat itu untuk merendahkan orang lain. Semoga Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang ‘ujub dan takabbur ke jalan yang benar. Wassalam.

  2. asriey Says:

    terima kasih kerana sudi singgah dan mengomen dilaman yang tidak seberapa ini. incik Ahlifikir mungkin contoh role model terbaik untuk menjadi mentor kepada kami budak2 yang baru ingin belajar ini. sesungguhnya perjalanan dalam menuntut ilmu ini tidak akan berkesudahan sehingga nafas yang terakhir.

    yang membezakannya adalah antara berusaha untuk berjaya ataupun merasa selesa dengan keadaan yang sedia ada. terima kasih sekali lagi atas peringatan. semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri masing2.

    Wallahua’lam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s