.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 January 7, 2007

Filed under: Personal — asriey @ 6:06 am

Semalam berkesempatan untuk bersama-sama dengan beberapa member mengikuti majlis pelancaran TMM07. acara yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bermula pada kira2 jam 9 malam. Penat menunggu masa dan detik untuk pelancaran.

Biasa sebelum ni kalau attend majlis camni, aku terlibat sebagai organiser, samada assistant soundman/assist. lightingman/floor manager. kekadang rindu jugak tugas-tugas lama tu. last time masa buat event untuk Konsert Siti Nurhaliza kat KUSTEM. itu la yang terakhir.

acara semalam pada aku agak hambar. kitorang yang pergi pun sememangnya tidak mengetahui flow program pada malam tu. kedudukan pancaran bunga api pun tidak diketahui. hasilnya, kami berada pada lokasi yang tidak strategik untuk mengambil gambar percikan bunga api. dah tu, tripod pun tak dak. ni semua gambo handheld je.

kat bawah ni ada beberapa hasil yang tidak seberapa dari aku yang masih baru di alam fotografi digital.

p/s: esok pagi akan outstation ke keningau, sabah. insyaAllah selama tiga hari. My Fotopages pun dah update. URL http://asriey.fotopages.com

Advertisements