.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Coobaann November 25, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 5:49 pm

Hari ni mungkin antara hari yang agak malang untuk aku. semasa drive dari melaka nak balik serdang, semasa mengekori sebuah lori, sebijik batu kecil telah mengenai cermin kereta. aku perhatikan batu kecil tu tak mendatangkn sebarang mudarat. tetapi tidak lama kemudian kira 7KM dari exit senawang, POMM! bunyi meletup dan tiba2 cermin hadapan kereta pecah aka retak ribu. terkejut aku waktu tu. dah la kat depan tu jem teruk gler. berhenti kat tepi jap, pecahkan terus cermin tu supaya aku nampak jalan.

sepanjang perjalanan yang jem tu, semua kereta tengok ja kat aku. aku senyum sebagai tanda sedekah. mana tak tengok, cuba tengok gambar ni.

mujur tak hujan, keluar exit senawang, lepas tu terus pergi cari kedai baiki cermin kat area Rahang, RM410 kena. double layer. nasib badan…

Advertisements
 

Error remote and FTP

Filed under: Solaris/Unix — asriey @ 5:43 pm

sebelum boleh membuat connection, mari kita lihat terlebih dahulu connection ke server. dalam contoh ni menggunakan console dan juga network. untuk sun v480, mcm gambar ni la lebih kurang.

Kalau dah siap tu biasanya nak remote la kan. biasanya remote utk dapat gui guna XManager. Tetiba dapat error “not on system console login root rejected”.Error ni jadi sebab root hanya boleh masuk melalui console, so camne nak selesaikan masalah ni? dengan command vi /etc/default/login kemudian comment pada¬† CONSOLE=/dev/console dan selepas itu dah bleh login via XManager.

bila nak ftp, tetiba user root plak tak boleh nak login utk ftp. camne nak buat ni. dengan command vi /etc/ftpd/ftpusers, comment user root. apa yg terjadi sebelum ni adalah user root termasuk dalam disable user. so lepas comment tu, root dah tak termasuk dalam golongan tu lagi. selesai masalah.

 

Kisah Klasik untuk masa depan II

Filed under: Personal — asriey @ 4:54 pm

Hari Jumaat dapat arahan untuk prep dua server sun v480 untuk tujuan HIS training kat Hospital Serdang. Aku dan Zali memikul amanah untuk memastikan semuanya adalah seperti yg dikehendaki. sebelum solat jumaat aku dah berjaya reinstall Solaris 9 sementara zali menghadapi masalah untuk login as r00t. pelbagai cara dicari untuk crack r00t password tapi ternyata gagal.

lepas balik solat jumaat, tetiba kedengaran bunyi bising dari bilik server. itu adalah suara aku menjerit melepaskan tekanan. rupanya zali tersalah cucuk console cable ke port yang sepatutnya. itu je masalah sebenarnya. bukan masalah password r00t yang tak betul. salah cucuk port pun tak bleh login. emm..

selepas tu, satu lagi masalah melanda zali. tak dapat login terus ke server zali. kalau melalui server yang satu lagi, boleh la plak. tak pasti apa yang zali buat lepas tu, it work like normal. rasanya maybe ada network configuration yang tak betul.

pengajaran, sebelum nak cucuk cable, tak kira console cable atau network cable, please make sure you are using the right port. make sure also you configure the network properly (netmask, gateway, dns etc).