.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Nasehat November 6, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 1:55 pm

Hari ni kena siapkan report activity masa outstation kat Hospital Kepala Batas, Penang. Masa kat sana, dah berjaya setelkan masalah akses kepada Outlook Web Access(OWA)(buat sementara ni la). Harapnya masalah yang sama tak akan berulang lagi lepas ni.

Lepas dah selesai buat report, dapat tugasan dari zul. create BQ(bill of quantity) untuk Hospital Kuala Penyu. BQ ni akan dihasilkan daripada maklumat yang terdapat pada Schedule of Accommodation(SOA). SOA ni plak, Project Manager yang buat dan submit. Tak susah pun buat BQ ni, cumanya kalau tak paham, tanya la. Ada sedikit perubahan pada RAM server, sebelum ni 1GB dgn dua keping 512MB tapi kali ni, tukar ke sekeping ja 1GB. Jimat ruang untuk slot RAM.

Masa kat HQ ni banyak masa terluang. aku suka gunakan masa2 yang ada untuk menambah ilmu yang berkaitan. sebabnya aku ni memang tak pandai. banyak benda yang aku nak kena belajar. sebab tak semua benda kita tau. orang lain aku tengok relax ja. andaian aku, diorang ni dah tau segalanya. ok la. justified. so far diorang banyak bagi problem yang berkaitan windows kat aku. exchange, active directory semua aku kena cover. tak pernah pun jumpa menatang2 ni masa dulu. tp get used to it right now.

so berbalik kepada tajuk atas tu, nasehat. dalam kita bekerja ni, memang la kita dapat gaji. tapi dalam tu ada satu lagi faktor penting iaitu berkat. mungkin kita tak perasan sangat mende ni ataupun kita buat2 tak perasan je. dari mana datangnya keberkatan? part ni korang kena carik sendirik. tanya orang yang lebih mengetahui. yang pastinya, ia berkaitan dengan apa yang kita sumbangkan setanding dengan gaji/upah yang majikan berikan. juga tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawab kepada pencipta kita. yang aku maksudkan kat sini ialah solat dan ibadah lainnya. solat itu paling penting. tiang agama tu. korang pun tahu kan? juga perintah2 agama lain yang perlu kita tunaikan. banyak kalau nak sebut kat sini. pikir2 kan lah.

tak nak melalut sangat, tapi renung2kan lah. k. wallahua’lam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s