.:++ Me+MySelf & I ++:.

dari dalam diri seorang aku..

Outstation to Lahad Datu August 7, 2006

Filed under: Personal — asriey @ 3:26 am

Dpt info yg aku nak kena g outstation kat lahad datu(LD), hospital lahad datu to be exact. kali ni wat Planned Preventive Maintenance(PPM). ada dalam 200++ pc, estimated siap dalam dua minggu. pagi tu aku bangun kul 0500, siap2, kul 0600 suhaimi kastam tulun anto g KLIA, tunggu member2 yg lain. flight kul 0800. lepak2 dulu kat sana, edi sampai diikuti suhaimi n liza. terus check-in. naik flight ke KK, pastu dari KK ke Tawau. sampai tawau amik keta sewa ke LD. aku dah letih dah..kejap tido kejap jaga. jarak dari tawau ke LD dalm 150KM. sampai LD dh malam. kat sini cuaca cepat sejam dari KL. stay kat grace hotel.

PPM minggu 1
hari pertama berjalan lancar, mengikut perancangan. dan begitu la hari2 seterusnya. adakalanya melebihi dari jangkaan. semua misi2 peramah. doktor pun ok. layan baikkk punya. merata pergi, banyaknya kat wad la. makanan kat sini so so la. nak kata sedap, tak la sedap sangat. bleh tahan la. asalkn dapat mengenyangkan tu dah kira syukur la. cuma yg tak berapa best, tak bleh nak online, nak chat ngan member2. kalu ada masa terluang tu, gunakan sepenuhnya. hehe

hari minggu.
hari sabtu g jengjalan ke air terjun madai. masa datang tu tak perasan pun ada air terjun ni. signboard tepi jalan pun tak nampak. nasib baik staff kat sini tunjuk jalan nak ke sana. bleh la tahan air terjunnya. cuma air je la agak kureng sket. asalkn bleh mandi kira orait la tu. lepas dah letih main air, sambung perjalanan ke semporna plak. semporna ni gateway nak ke pulau sipadan(ditutup sementara), mabul dll. tp sayangnya nak kena tempah awal, pastu kos tinggi jugak la. so lepak2 kat floating je la. floating ni ada hotel n restoran, ikan+ketam segar tu, mcm best jer.

hari ahad g tawau. shopping cenderamata sket, duit pun tak banyak, so beli agak2 padan ngan duit je la. pastu g jengjalan la sekitar pasar gantung tu. pastu g pasar tawau, makan sanggar peppek. apo tu? hehe sejenis makanan dari pisang bah. bleh tahan la rasanya. kena cicah ngan sambal belacan. lepas dah penat tu, balik la ke LD balik.

PPM minggu 2
rasa semangat nak wat keje n nak balik semenanjung. duk teringat masakan semenanjung je ni. huhuhu. rasanya by hari rabu dah bleh siap semua. tp apakan daya, tiket dah confirm ari jumaat. so tak leh la nak balik awal. keje berjalan dgn lancar dan dapat kerjasama yg begitu baik dari staff yg terlibat.

kejanggalan.
-kalu beli paper pagi ari ni, sebenarnya tu paper semalam. sbb paper lambat sampai kat sini.
-udang besar murah gler
-KFC kat sini rasanya agak tak besh.
-waktu solat masuk sejam awal dari semenanjung.

 

2 Responses to “Outstation to Lahad Datu”

  1. Aety@IT Says:

    Beh…sanggap peppek pun masuk yah…chah…disitulah hebaqnya Bugis…ekekekkek

  2. Aety@IT Says:

    Beh…sanggar peppek pun masuk yah…chah…disitulah hebaqnya Bugis…ekekekkek


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s